12 TIPS BAYI TIDUR LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM
Kita pernah dengar nak kulit yang sihat adalah perlukan tidur sekucupnya. Mak-mak tak payah bermimpi nak tidur lena bila anak-anak selalu terjaga waktu malam. Tambahan mereka bukan sekadar berjaga, malah mengamuk dan menangis menyebabkan ibu tidak mendapatkan rehat yang cukup.
Susu dah bagi, perut pun tiada tanda-tanda kembung. Pendek kata mereka ni sihat cuma kerap terjaga dan menangis waktu malam pasti buat mak pening kepala dan akhirnya stress.
Berikut adalah tips yang boleh
ibu-ibu cuba untuk mengatasi masalah seperti ini:
1. Perhatikan tanda-tanda bayi hendak tidur.
Kenapa ianya penting untuk
kita faham dan sedar apabila bayi hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah
yang paling penting dan terawal dalam memastikan anak tidur yang lena sepanjang
malam.
Pernah tak alami situasi di
mana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur? Akibatnya, bayi akan
merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Nak tak nak, maknya pun tak
boleh tidur la jawabnya.
2. Latih bayi dengan‘habit’ sebelum tidur.
Antara rutin yang boleh
dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini
dapat merehatkan b serta dapat membantu bayi tidur dengan lebih lena dan
selesa. Bayi ni lagi elok kita bedung selepas mandi.
3. Amalkan urutan memukau
Percaya atau tidak, bayi pun
perlukan urutan badan sebelum tidur. Ada kajian yang mengatakan bayi dan
kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena
tanpa terjaga. Boleh menggunakan Balm Calm Time dan Sleep Time untuk tujuan urutan. Ianya sangat membantu anak lebih mudah
tidur dan lebih lena.
By Tasneem Naturel |
4. Mainkan bunyi-bunyian yang menenangkan
Boleh pasang alunan AL- Quran,
zikir atau muzik yang lembut seperti bunyi ombak dan air. Paling senang
download zikir kat Youtube then perdengarkan. Kesannya, bayi rasa
lebih tenang dan memudahkan bayi lena.
5. Buaikan bayi
Pergerakan buaian atau kerusi
tidur bayi boleh membuatkan bayi terbuai-buai sehingga tertidur lena. Ayunan
buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi akan lena
dibuai mimpi.
6. Elakkan pengambilan kafein bagi ibu yang menyusukan bayi
Bayi akan terkesan jika minum
susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa
sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi
lebih susah untuk tidur. Sayang diri ke sayang anak, kena elakkan pengambilan
kafein tau bagi yang menyusu.
7. Makan pada waktu siang
Kekerapan makan di waktu siang
mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang
kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang
dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.
Jika bayi anda tidur lebih
dari empat jam, anda boleh buka bedungnya dan kejutkan dia dengan lembut. Rutin
menyelang-selikan tidur dan makan dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah
kerap terjaga malam.
8. Didik bayi
tentangperbezaan siang dan malam
Pastikan pada waktu malam,
cahaya sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana
malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat
membantu bayi tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat
di waktu siang.
9. Usah ganggu bayi
Elakkan mengganggu bayi dengan
menukar lampinnya ketika dia sedang menyusu. Waktu seperti ini akan membuatkan
bayi tidak selesa dan merengek. Tunggu sehingga anak betul-betul lena, baru
tukar lampinnya.
10. Biarkan bayi tidur semasa
menyusu
Menyusu badan merupakan
perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah
tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan
terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu. Susu nombor satu,
terbaik adalah susu ibu.
11. Tidur bersama
bayi
Kajian menunjukkan bahawa,
bayi dan ibu yang mempunyai kitaran tidur yang sama boleh membantu bayi
untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
12. Bau ibu
Boleh juga gantikan tempat si
ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi merasakan ibu berada
disisinya. Ketika diawal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam
bagi bayi.
So, ibu-ibu boleh amalkan tips
ini untuk bayi anda. Ibu bukan sahaja dapat bantu bayi tidur lena, malah dapat
bantu ibu rehat sekucupnya. Insyaallah kulit pun makin cantik nanti.