Sunday, January 27, 2019

12 TIPS BANTU BAYI TIDUR LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM

12 TIPS BAYI TIDUR LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM



Kita pernah dengar nak kulit yang sihat adalah perlukan tidur sekucupnya. Mak-mak tak payah bermimpi nak tidur lena bila anak-anak selalu terjaga waktu malam. Tambahan mereka bukan sekadar berjaga, malah mengamuk dan menangis menyebabkan ibu tidak mendapatkan rehat yang cukup.


Susu dah bagi, perut pun tiada tanda-tanda kembung. Pendek kata mereka ni sihat cuma kerap terjaga dan menangis waktu malam pasti buat mak pening kepala dan akhirnya stress.


Berikut adalah tips yang boleh ibu-ibu cuba untuk mengatasi masalah seperti ini:

1. Perhatikan tanda-tanda bayi hendak tidur.

Kenapa ianya penting untuk kita faham dan sedar apabila bayi hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan anak tidur yang lena sepanjang malam.

Pernah tak alami situasi di mana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur? Akibatnya, bayi akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Nak tak nak, maknya pun tak boleh tidur la jawabnya.



 2. Latih bayi dengan‘habit’ sebelum tidur.

Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan b serta dapat membantu bayi tidur dengan lebih lena dan selesa. Bayi ni lagi elok kita bedung selepas mandi.

3.  Amalkan urutan memukau

Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Ada kajian yang mengatakan  bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga. Boleh menggunakan Balm Calm Time dan Sleep Time untuk tujuan urutan. Ianya sangat membantu anak lebih mudah tidur dan lebih lena.

By Tasneem Naturel 

4.  Mainkan bunyi-bunyian yang menenangkan

Boleh pasang alunan AL- Quran, zikir atau muzik yang lembut seperti bunyi ombak dan air. Paling senang download zikir kat Youtube then perdengarkan.  Kesannya, bayi rasa lebih tenang dan memudahkan bayi lena.
5. Buaikan bayi
Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi terbuai-buai sehingga tertidur lena. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi akan lena dibuai mimpi.

6. Elakkan pengambilan kafein bagi ibu yang menyusukan bayi

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur. Sayang diri ke sayang anak, kena elakkan pengambilan kafein tau bagi yang menyusu.
 7. Makan pada waktu siang
Kekerapan makan di waktu siang mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.
Jika bayi anda tidur lebih dari empat jam, anda boleh buka bedungnya dan kejutkan dia dengan lembut. Rutin menyelang-selikan tidur dan makan dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah kerap terjaga malam.
8.  Didik bayi tentangperbezaan siang dan malam
Pastikan pada waktu malam, cahaya sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.
9. Usah ganggu bayi
Elakkan mengganggu bayi dengan menukar lampinnya ketika dia sedang menyusu. Waktu seperti ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan merengek. Tunggu sehingga anak betul-betul lena, baru tukar lampinnya.
10. Biarkan bayi tidur semasa menyusu
Menyusu badan merupakan perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu. Susu nombor satu, terbaik adalah susu ibu.
 11. Tidur bersama bayi
Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai  kitaran tidur yang sama boleh membantu bayi untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
12. Bau ibu
Boleh juga gantikan tempat si ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi merasakan ibu berada disisinya. Ketika diawal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.
So, ibu-ibu boleh amalkan tips ini untuk bayi anda. Ibu bukan sahaja dapat bantu bayi tidur lena, malah dapat bantu ibu rehat sekucupnya. Insyaallah kulit pun makin cantik nanti. 

No comments:

Post a Comment

6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...