Susu yang dihasilkan untuk si manja tidak banyak dipengaruhi
oleh diet ibu. Hal ini kerana tubuh setiap wanita memang dilengkapi kebolehan
untuk mengadaptasi penyusuan dengan stress, kekurangan nutrient dan keletihan.
Namun begitu sekiranya dapat ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, susu
yang dihasilkan lebih cukup dan berkualiti.
Makanan Seimbang
Pemakanan yang seimbang penting. Susu ibu tetap dihasilkan
pada tahap optimum meskipun ibu mengalami malnutrisi. Namun sekiranya diet yang
diamalkan rendah kalori, ia akan mempengaruhi kualiti dan kuantitinya.
Sekiranya tubuh tidak menerima nutrient tertentu untuk penghasilan susu, maka
tubuh akan mendapatkan dari tubuh anda dan menyebabkan ibu mengalami kekurangan
nutrien berkenaan.
Usah mengira kalori
Selepas bersalin para ibu msti memikirkan cara untuk
menurunkan berat badan yang diimpikan. Awas, perlu berhati-hati, tidak
melakukan diet yang keterlaluan. Sekiranya berlaku penurunan berat yang
mendadak, akan menyebabkan penghasilan susu yang merudum. Tunda dulu sehingga
badan benar-benar sihat dan sekiranya perlu dapatkan nasihat doktor.
Bahan tercemar
Minum air yang bertapis untuk mengelakkan bahan tercemar
yang terkandung dalamnya seperti klorin, ammonia dan karat. Dinasihatkan untuk membasuh
buah dan sayuran menggunakan rendaman air garam. Buah-buahan juga perlu dikupas
sebelum makan
Rasa makanan
Makanan akan mempengaruhi rasa susu ibu yang dihasilkan. Tidak
perlu bimbang sekiranya ada pelbagai rasa, bayi akan merasa pelbagai rasa
daripada susu ibu. Kelak akan membantu ibu semasa bayi diperkenalkan dengan
makanan pejal. Elakkan makan berangin seperto kubis, brokoli, kubis, tenusu,
buah-buahan sitrus, dan cili yang boleh menyebabkan bayi kembung perut.
Sentiasa Terhidrat
Minum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Boleh ambil
air buah atau jus bukan hanya memadai dengan air kosong sahaja. Rasa haus
adalah petanda tubuh memerlukan lebih banyak cecair. Sekiranya sembelit dan dan
air kencing yang lebih gelpa warnanya tanda anda mengalami dehidrasi. Hadkan minuman
berkafein atau tidak mengambil langsung bagi ibu yang menyusu.
Suplemen
Teruskan mengambil vitamin prenatal uyang diambil semasa
mengandung sebulan pertama selepas bersalin. Boleh juga mengambil multivitamin
dan mineral yang sesuai. Sekiranya perlu dapatkan nasihat doktor terlebih
dahulu. Vitamin tambahan bukanlah suatu jaminan untuk menggantikan diet yang
seimbang, tetapi dapat membantu ibu supaya tidak mengalami kekurangan vitamin
dan mineral sepanjang penyusuan.
No comments:
Post a Comment