Dahulu, saya pun tak berani sebab tak ramai kawan
yang buat. Ingatkan pulau bahaya untuk anak-anak. Saya antara mak yang awalnya ragu-ragu nak bawa anak-anak ke pulau. Hati
berat sangat tapi nak bagi mereka gembira. Bagi yang ada plan, ikuti 8 tips nak
mudahkan perjalanan dan percutian ke pulau bersama anak-anak.
Huzaifah masa dalam kandungan mak bawa diri dan dua anak ke Pulau
Redang, menginap di Resort Pelangi. Ayah ada urusan, mak tak pernah ke Pulau so
gigih la nak pergi juga masa pregnant anak ketiga.
Kini Huzaifah dah pun 1 tahun 4 bulan, dua kali merasa ke Pulau Redang
dan Pulau Lang Tengah. Rezeki Huzaifah sungguh ni, mak serta abang kakak dapat
rasa sekali. Pada Mei 2018, selepas menunaikan hak sebagai pengundi kami
memenuhi upacara Hijraa Haealthcare untuk Hari Keluarga buat pertama kali di
Pulau Redang, menginap di sartu-satunya resort Melayu, Mak Temah. Makanan best
sangat, makan, mandi, tidur..Itulah kerjanya.
Ramai juga tidak tahu, wanita mengandung
dibenarkan snorkeling. Tiada beza snorkeling atau
berenang di kolam renang sebenarnya. Kedua-duanya baik untuk senaman ibu hamil.
Tertakluk kepada ibu hamil yang tiada komplikasi mengandung dan sebaik-baiknya,
di trimester ke-2. Saya sendiri tak sempat merasa tapi masa Huzaifah tujuh
bulan merasa juga. Alhamdulillah, bergantung kepada kesihatan ibu mengandung
ketika itu.
Apa perkara penting yang anda perlu ambil tahu
ketika membawa anak ke pulau?
1. Jaket keselamatan kanak-kanak
Selalunya, jaket yang disediakan di bot hanya untuk
orang dewasa. Jarang disediakan tuk anak-anak. Tapi masa kami ke Pulau Lang Tengah,
ada so pakaikan untuk anak-anak even mereka sangat tak selesa. Huzaifah
terutamanya. Kakak dan abang sporting je, campur semangat nak ke pulau.
Ajar anak cara pemakaian, do’s and don’ts ketika
di dalam bot dan pantai. Praktikal sekali, insyaAllah anak-anak ingat lepas
itu.
2. Sunblock for kids
Ini penting juga. Untuk mengelak kulit terlebih
terbakar. Budak-budak kalau jumpa pantai dan laut, matahari atas kepala pun tak
perasan. Saya kali terakhir ke pulau Februari lepas cuba pakai Skeenz Balm by
Tasneem Naturel. Selesa dan rasa lembab je muka, my husband pun senyap-senyap
sapu kat muka. Suka er tu.
3. Makanan dan minuman
Check dengan resort
sama ada mereka sediakan makanan atau tidak. Pastikan kudap-kudapan cukup.
Terutama air mineral, dahaga kalau musim panas ni. Cepat je budak-budak ni lapar.
Kami memang kali kedua dan ketiga pergi sangat
expert, satu beg dengan makanan je. Sebab dah tahu anak-anak ni kalau dah lapar, yang
seronok pun jadi lain macam.
4. Baju tambahan
Kebiasaanya yang pergi pake akan ada trip-day. Pelbagai aktiviti yang disertakan dalam trip-day, kami merasa scuba diving. Seronok tengok keindahan ciptaan Allah. Untuk saya yang sudah beberapa kali pergi pulau
ini, kami tak bawa baju tukar dalam bot. Apa yang pakai pagi tu, itulah baju
bawa balik petang di bot. InsyaAllah kering. Tidak perlu angkut beg camping pula
atas bot. Tuala boleh bawa, jika mahu. Tukar baju apabila sudah sampai di
darat/hotel nanti (kalau bercuti day-trip).
5. Ubat
Kami bekalkan ubat demam, selsema dan batuk khusu untuk anak-anak. Sampingannya untuk orang tua, panadol dan ubat tahan muntah la. Wajib. In case of emergency. Set travel tasneem balm saya paling tak tinggal adalah CF Rub dan T-Rub. Persediaan lebih tidak mengapa, anak -anak paling mudah kena selsema kalau berjemur seharian, lepas tu main air lagi.
Kalau mak yang risau sangat, bawa insect
repellent. Dan, plastik lebih. Andai ada yang muntah atau
untuk buang sampah.
6. Bayi – susu dan lampin pakai buang
Mudah bawa bayi ini. Bukakan lampin sebelum
masukkan dia ke laut. Berat nanti, dia rimas. Celup sikit-sikit, air pulau ini
sejuk. Dia enjoy insyaAllah, mak bapa kena cool dan relax.
Biar dia bertadabbur dengan alam, cara dia.
Alhamdulillah rezeki saya Allah mudahkan, anak tak
perlukan air panas untuk susu. Cukup sediakan air suam dalam botol siap-siap. Di
atas bot, tinggal buka tutup, tuang susu dan goncang. Breastfeed dialu-alukan.
Bawa kain penghadang menyusu siap-siap, tidak pun, pakai tudung labuh. Saya pakai
blouse yang tak perlu iron, mesra menyusu.
7. Solat hajat
Sehari sebelum bertolak, berdoa dan minta
perlindungan untuk perjalanan anda sekeluarga. Laut itu cukup luas.
Sesungguhnya kita tiada upaya untuk menghalang, sekiranya bencana menimpa. Doa
mak makbul untuk anak-anak, gunakan sebaiknya.
Pertama kali bawa anak-anak naik bot sebab nak ke Pulau Lang Tengah. Nanti mak sambung share pasal lagi pasal apa yang specialnya pulau ni.
Pertama kali bawa anak-anak naik bot sebab nak ke Pulau Lang Tengah. Nanti mak sambung share pasal lagi pasal apa yang specialnya pulau ni.
8. Happy je raikan waktu bersama anak-anak
sebaiknya.
Akhir sekali, sudah penat buat persediaan, izinkan
anak-anak belajar berkenalan dengan dunia. Jangan banyak sangat ‘Jangan’. Biarkan
mereka teroka benda baru. Anda juga, patut belajar di samping mereka. Buka mata
dan minda bersama-sama. InsyaAllah, ia akan menjadi percutian yang berbaloi dan
bermakna.
Bercuti ke pulau kena plan masa yang sesuai. Selamat
bercuti. Sila share sekiranya bermafaat.
No comments:
Post a Comment