Tuesday, March 19, 2019

5 RAHSIA RUMAH KELIHATAN SENTIASA BERSIH DAN KEMAS


Paling best kan kalau rumah kita adalah yang sentiasa kemas memanjang.



Akak kalau keluar ziarah kawan-kawan atau saudara mara selau perhati kekemasan rumah mereka. Susunan perabot ke, pilihan warna atau apa rahsia yang buat rumah kelihatan sejuk je mata memandang. Belum masuk bab tandas dan ruang dapur sentiasa berkilat. Haish, rasa tercabar sungguh la. Banyak pula masa dia nak mengemas semua ni atau memang hobi dia mengemasa dan bersih rumah kerjanya.

Karakter akak dengan pasangan sedikit berbeza kalu part kekemasan dan kebersihan. Dia menjadi pelengkap hidup akak dalam menguruskan anak-anak dan cekap berada di dapur menyediakan menu-menu berkhasiat dan superb buat kami anak-beranak.

Jadi di sini tertarik untuk akak bongkarkan rahsia bagaimana untuk mengekal kekemasan rumah tanpa menghabiskan masa berjam-jam pun sebenarnya. Jom kita semak sama-sama senang ke sangat senang.

5 RAHSIA RUMAH SENTIASA KELIHATAN KEMAS

1. Tahu untuk membezakan antara kemas dan bersih.

Bersih secara fizikalnya kita kena mop lantai, sental bilik air ataupun vacuum karpet. Tiada bezanya kalau rumah bersih sedangkan mainan anak masih bersepah, pakaian yang tidak berlipat serta katil tidak terurus. Keadaan ini tidak pun menunjukkan rumah itu bersih malah terang-terangan masih tidak kemas. Berbeza sebaliknya berlaku, iaitu biar rumah masih tidak bersih, asalkan kemas. Secara tidak langsung rumah yang kemas tadi nampak lebih menyenangkan.

Kuncinya di sini kekemasan. Pastikan rumah sentiasa kemas, barulah kelihatan lebih bersih.

2. Jadikan mengemas sebagai tabiat.

Menjadikan rutin harian kita untuk mengemas bilik, ruang tamu dan dapur. Tidak menunggu sehingga rumah seperti kapal pecah, baru nak mula berkemas berjam-jam. Contohnya mengemas mainan anak sebelum tidur. Mengemas tempat tidur setiap pagi sebelum keluar bekerja, atau melipat pakaian selepas diangkat.

Tips ini sesuai untuk ibu yang sibuk bekerja.

3. Kemas selepas guna

Tips ni sangat sesuai bagi yang sibuk bekerja. Pastikan terus basuh pinggan dan sapu lantai setelah selesai menjamu selera. Selainnya terus mengemas katil setelah bangun pagi. Rutin harian tadi secara tak langsung akan membantu menjimatkan masa sewaktu mengemas.

4. Minimalis dalam rumah

Konsep minimalist dapat mengurangkan barang dalam rumah bukan sahaja mengurangkan kerja mengemas dijalankan malah anda dapat berjimat.

5. Tempat penyimpanan yang tertutup

Menyediakan bekas simpanan tertutup banyak membantu di saat kecemasan. Di saat tetamu datang, terus masukkan barang yang bersepah ke dalam bekas tertutup. Tetapi jangan selalu amalkan, ini hanyalah bersifat sementara sekiranya tidak sempat mengemas atau terlupa saat tetamu sudah sampai. 

Mudah sangat nak amalkan rahsia ni. Mungkin rutin harian akan ambil masa untuk menyesuaikan diri tetapi sangat berbaloi kan. Hujung minggu tinggal sahaja list kerja rumah yang lebih pendek untuk diselesaikan sebab dah banyak diuruskan semasa rutin. Harapan akak dengan perkongsian ini dapat membantu pembaca menguruskan rumah dengan lebih tersusun dan sentiasa bersih.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...