Tuesday, March 19, 2019

5 TIPS MENGURANGKAN KETAGIHAN GAJET



Gajet tiada salahnya, cuma kita sebagai ibu bapa perlu meneliti baik buruk sekiranya terlalu awal pendedahan gajet kepada anak-anak terutamanya anak-anak yang kurag daripada 2 tahun. Kanak-kanak lebih baik kita meransang untuk mereka bermain lebih daripada menggunakan gajet itu jauh lebih baik. Tertarik untuk share 5 tips mengurangkan ketagihan gajet.

1. Gajet hanya diperkenalkan selepas umur 2 tahun. Lagi lewat lagi bagus.

  •  Anak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan sama sekali untuk diberikan telefon.
  •  Mereka lebih memerlukan sentuhan dan interaksi secara langsung.
  • Bagi kanak –kanak yang berusia 2 tahun dan ke atas, hanya dibenarkan bergajet 2 jam sahaja sehari. Sekiranya boleh ditangguhkan pemberian gajet, itu jauh lebih baik.

2.  Ibu bapa mula latih anak-anak untuk bersdisiplin dengan menetapkan peraturan. Seterusnya ibu bapa perlu tegas dengan peraturan yang ditetapkan.
  •  Bila kita benarkan anak kita menggunakan gajet? Sebagai contoh, izinkan anak untuk menggunakan gajet hanya di hujung minggu, Jumaat dan Sabtu sahaja.
  • Berapa lama masa yang kita tetapkan? Sebagai contoh, hadkan hanya 2 jam masa menggunakan gajet.
  • Boleh juga sediakan jadual supaya anak-anak nampak dan sentiasa ingat dan faham peraturan yang ditetapkan.

3. Denda sekiranya perlu
  •  Tetapkan system reward dan denda mengikut keperluan masing-masing.
  •  Contohnya, ibu pernah reward dengan belikan aiskrim atau ke taman permainan jika mereka ikut peraturan. Sebaliknya, sediakan denda juga seperti potong masa mereka bergajet jika tidak ikut peraturan.


4. Gantikan dengan aktiviti yang bermanfaat
  • Ibu bapa boleh gantikan aktiviti lain yang boleh membuatkan anak lupa untuk bergajet. Bila mereka leka dengan permainaan baru yang lebih mencabar dapat menguragkan ketagehan gajet.
  • Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti bermain scrabble, melukis, mewarna, beri anak main air seperti basuh kereta, bantu ibu di dapur dan mengemas rumah. Ibu pernah cuba ajar anak untuk menggunakan vacuum? Mereka pasti teruja dan seterusnya dapat alih perhatian mereka daripada ketagih gajet.


5. Ibu bapa tunjuk contoh tauladan terbaik kepada anak
  •          Ibu bapa perlu tunjuk sikap teladan yang baik dalam mendisiplinkan anak-anak. Jangan pula ibu bapa yang ketagih gajet. Usah terlalu kerap bergajet di hadapan anak-anak atau semasa menjalankan aktiviti bersama mereka.
  •          Tetapkan kawasan atau masa larangan bergajet. Contohnya tidak boleh bergajet ketika di meja makan atau 1 jam tanpa gajet selepas solat maghrib.

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Semoga dapat membantu ibu dan ayah menyelesaikan isu ketagih gajet di kalangan anak-anak.


No comments:

Post a Comment

6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...