Tuesday, March 19, 2019

6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH


Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini sebelum hantar anak ke tadika.

Seronok kan dapat tengok anak-anak memakai uniform pra-sekolah kan? Tidak dinafikan ada sebahagian ibu risau kalau-kalau anak-anak mereka tidak dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan berada dengan orang sekeliling yang baru.

Cerita saya berbeza situasinya antara anak lelaki dan anak perempuan. Perancangan anak lelaki yang pertama telah kami bincangkan awal-awal lagi akan ditempatkan tadika pilihan kami di usia empat tahun dengan alasan agar anak saya dapat belajar untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan sebaya. Kami sebagai ibu bapa juga berharap agar anak saya akan belajar untuk berkongsi barang dengan rakan, mula bertolak ansur di kalangan rakan dan guru.

Manakala anak kedua di usia dua tahun sudah pandai bertutur dan menyuarakan untuk ke sekolah seperti abangnya. Sejak itu saya sibuk mencari playschool yang sesuai dengan umurnya. Rata-rata playschool meletakkan 24 bulan minima umur untuk ditempatkan di playschool. Alhamdulillah rezeki anak saya setelah berbincang dengan pengusaha yang kebetulan kenal dengan suami. Beliau mengizinkan anak saya untuk masuk kelas percubaan selama seminggu untuk melihat kesesuaian sebab umurnya setahun lebih muda dibandingkan dengan rakan-rakan sekelasnya. My girl akhirnya jadi adik kesayangan kakak dan abang kat playschool setelah tamat tempoh percubaan.

Kami sebagai ibu bapa sebenarnya memilih untuk anak-anak berada di playschool dan di pra sekolah bukan semata-mata untuk mengejar anak-anak cepat membaca, bijak mengira dan lulus dalam ujian dengan cemerlang. Anak-anak di usia ini sepatutnya diberikan peluang terdedah dengan aktiviti yang boleh meransang minat belajar seperti kenal huruf dan nombor, mula membaca, bermain, kesenian dan bersukan. Selain itu mereka dapat bergaul dengan rakan dan guru secara tidak langsung mereka sedang menguasai kemahiran berkomunikasi dan seterusnya memupuk sikap terpuji di kalangan kanak-kanak.

Sekiranya kita ingin memupuk disiplin di kalangan anak-anak, hendaklah bermula ketika mereka masih kecil. Seperti kata pepatah, ‘Melentur buluh, biarlah dari rebungnya’.

6 perkara WAJIB ajarkan anak sebelum tempatkan mereka di playschool dan prasekolah.

  •          Biarkan anak-anak bermai supaya dapat melatih kecerdasan otak

  •     2    Melatih anak berdikari dengan membiarkan anak melakukan sesuatu sendiri

  •          Bagi peluang anak-anak untuk belajar selesaikan masalah. Jangan terus membantu bila si manja hadapi masalah, cuba perbetulkan mereka dulu.

  •          Tegas dalam mendisiplinkan anak-anak. Di usia ini anak-anak perlu belajar untuk menghormati orang di sekeliling.

  •         Tidak terlalu memaksa anak untuk pandai membaca dan menulis tetapi sentiasa memberikan galakan kepada anak-anak untuk belajar.

  •          Sepanjang mengajar anak sentiasa menggunakan bahasa komunikasi yang mudah dan sesuai dengan usia anak-anak kita.


Semoga bermanfaat. Silakan share sekiranya dapat membantu ibu bapa yang memerlukan.

9 LANGKAH MUDAH DAN ELAK DIGUNTING SEMASA BERSALIN


Hai semua bakal ibu yang sedang hamil. Mesti ramai ibu- ibu hamil yang buka artikel ini untuk mengetahui cara yang bagaimana dapat bantu memudahkan proses bersalin. Sebenarnya ini ilmu baru juga bagi Ibu, sepanjang 3 kehamilan sebelum ini Ibu tidak pernah tahu tentang kewujudan urutan ini. InshaAllah akan dipraktikkan untuk anak- anak yang seterusnya.
Pernah tak ibu- ibu dengar mengenai urutan perineum? Haa, inilah urutan yang dimaksudkan Ibu semenjak awal tadi. Jika ada yang belum tahu, meh Ibu cerita. Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum ini mampu mengurangkan koyakkan pada bahagian vagina kita semasa bersalin sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakkan wanita yang mengamalkan urutan ini melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal.
Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu. 
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa. Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.

9 langkah mudah urutan perineum

1. Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah sentiasa pendek.
2. Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung.  Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.
3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda
4. Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang 1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
5. Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung
6. Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
7. Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.
8. Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit setiap kali.
9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak- anak hebat, semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Jangan pula lupa dapatkan set baby spa dan set newborn supaya sepanjang berpantang, dapat menguruskan anak dengan lebih baik dan ibu dapat rehat secukupnya. 
Semoga bermanfaat.

5 RAHSIA RUMAH KELIHATAN SENTIASA BERSIH DAN KEMAS


Paling best kan kalau rumah kita adalah yang sentiasa kemas memanjang.



Akak kalau keluar ziarah kawan-kawan atau saudara mara selau perhati kekemasan rumah mereka. Susunan perabot ke, pilihan warna atau apa rahsia yang buat rumah kelihatan sejuk je mata memandang. Belum masuk bab tandas dan ruang dapur sentiasa berkilat. Haish, rasa tercabar sungguh la. Banyak pula masa dia nak mengemas semua ni atau memang hobi dia mengemasa dan bersih rumah kerjanya.

Karakter akak dengan pasangan sedikit berbeza kalu part kekemasan dan kebersihan. Dia menjadi pelengkap hidup akak dalam menguruskan anak-anak dan cekap berada di dapur menyediakan menu-menu berkhasiat dan superb buat kami anak-beranak.

Jadi di sini tertarik untuk akak bongkarkan rahsia bagaimana untuk mengekal kekemasan rumah tanpa menghabiskan masa berjam-jam pun sebenarnya. Jom kita semak sama-sama senang ke sangat senang.

5 RAHSIA RUMAH SENTIASA KELIHATAN KEMAS

1. Tahu untuk membezakan antara kemas dan bersih.

Bersih secara fizikalnya kita kena mop lantai, sental bilik air ataupun vacuum karpet. Tiada bezanya kalau rumah bersih sedangkan mainan anak masih bersepah, pakaian yang tidak berlipat serta katil tidak terurus. Keadaan ini tidak pun menunjukkan rumah itu bersih malah terang-terangan masih tidak kemas. Berbeza sebaliknya berlaku, iaitu biar rumah masih tidak bersih, asalkan kemas. Secara tidak langsung rumah yang kemas tadi nampak lebih menyenangkan.

Kuncinya di sini kekemasan. Pastikan rumah sentiasa kemas, barulah kelihatan lebih bersih.

2. Jadikan mengemas sebagai tabiat.

Menjadikan rutin harian kita untuk mengemas bilik, ruang tamu dan dapur. Tidak menunggu sehingga rumah seperti kapal pecah, baru nak mula berkemas berjam-jam. Contohnya mengemas mainan anak sebelum tidur. Mengemas tempat tidur setiap pagi sebelum keluar bekerja, atau melipat pakaian selepas diangkat.

Tips ini sesuai untuk ibu yang sibuk bekerja.

3. Kemas selepas guna

Tips ni sangat sesuai bagi yang sibuk bekerja. Pastikan terus basuh pinggan dan sapu lantai setelah selesai menjamu selera. Selainnya terus mengemas katil setelah bangun pagi. Rutin harian tadi secara tak langsung akan membantu menjimatkan masa sewaktu mengemas.

4. Minimalis dalam rumah

Konsep minimalist dapat mengurangkan barang dalam rumah bukan sahaja mengurangkan kerja mengemas dijalankan malah anda dapat berjimat.

5. Tempat penyimpanan yang tertutup

Menyediakan bekas simpanan tertutup banyak membantu di saat kecemasan. Di saat tetamu datang, terus masukkan barang yang bersepah ke dalam bekas tertutup. Tetapi jangan selalu amalkan, ini hanyalah bersifat sementara sekiranya tidak sempat mengemas atau terlupa saat tetamu sudah sampai. 

Mudah sangat nak amalkan rahsia ni. Mungkin rutin harian akan ambil masa untuk menyesuaikan diri tetapi sangat berbaloi kan. Hujung minggu tinggal sahaja list kerja rumah yang lebih pendek untuk diselesaikan sebab dah banyak diuruskan semasa rutin. Harapan akak dengan perkongsian ini dapat membantu pembaca menguruskan rumah dengan lebih tersusun dan sentiasa bersih.

Semoga bermanfaat.

5 TIPS MENGURANGKAN KETAGIHAN GAJET



Gajet tiada salahnya, cuma kita sebagai ibu bapa perlu meneliti baik buruk sekiranya terlalu awal pendedahan gajet kepada anak-anak terutamanya anak-anak yang kurag daripada 2 tahun. Kanak-kanak lebih baik kita meransang untuk mereka bermain lebih daripada menggunakan gajet itu jauh lebih baik. Tertarik untuk share 5 tips mengurangkan ketagihan gajet.

1. Gajet hanya diperkenalkan selepas umur 2 tahun. Lagi lewat lagi bagus.

  •  Anak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan sama sekali untuk diberikan telefon.
  •  Mereka lebih memerlukan sentuhan dan interaksi secara langsung.
  • Bagi kanak –kanak yang berusia 2 tahun dan ke atas, hanya dibenarkan bergajet 2 jam sahaja sehari. Sekiranya boleh ditangguhkan pemberian gajet, itu jauh lebih baik.

2.  Ibu bapa mula latih anak-anak untuk bersdisiplin dengan menetapkan peraturan. Seterusnya ibu bapa perlu tegas dengan peraturan yang ditetapkan.
  •  Bila kita benarkan anak kita menggunakan gajet? Sebagai contoh, izinkan anak untuk menggunakan gajet hanya di hujung minggu, Jumaat dan Sabtu sahaja.
  • Berapa lama masa yang kita tetapkan? Sebagai contoh, hadkan hanya 2 jam masa menggunakan gajet.
  • Boleh juga sediakan jadual supaya anak-anak nampak dan sentiasa ingat dan faham peraturan yang ditetapkan.

3. Denda sekiranya perlu
  •  Tetapkan system reward dan denda mengikut keperluan masing-masing.
  •  Contohnya, ibu pernah reward dengan belikan aiskrim atau ke taman permainan jika mereka ikut peraturan. Sebaliknya, sediakan denda juga seperti potong masa mereka bergajet jika tidak ikut peraturan.


4. Gantikan dengan aktiviti yang bermanfaat
  • Ibu bapa boleh gantikan aktiviti lain yang boleh membuatkan anak lupa untuk bergajet. Bila mereka leka dengan permainaan baru yang lebih mencabar dapat menguragkan ketagehan gajet.
  • Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan seperti bermain scrabble, melukis, mewarna, beri anak main air seperti basuh kereta, bantu ibu di dapur dan mengemas rumah. Ibu pernah cuba ajar anak untuk menggunakan vacuum? Mereka pasti teruja dan seterusnya dapat alih perhatian mereka daripada ketagih gajet.


5. Ibu bapa tunjuk contoh tauladan terbaik kepada anak
  •          Ibu bapa perlu tunjuk sikap teladan yang baik dalam mendisiplinkan anak-anak. Jangan pula ibu bapa yang ketagih gajet. Usah terlalu kerap bergajet di hadapan anak-anak atau semasa menjalankan aktiviti bersama mereka.
  •          Tetapkan kawasan atau masa larangan bergajet. Contohnya tidak boleh bergajet ketika di meja makan atau 1 jam tanpa gajet selepas solat maghrib.

Terima kasih kepada yang sudi membaca. Semoga dapat membantu ibu dan ayah menyelesaikan isu ketagih gajet di kalangan anak-anak.


Sunday, March 17, 2019

5 LANGKAH MUDAH URUSKAN PAKAIAN DI RUMAH


“Setiap kali saya belikan baju baru, saya akan pastikan ada pakaian yang akan dikeluarkan daripada almari atau disedekah kepada yang memerlukan. Tiada istilah beli almari baju untuk isi baju baru.”
Puan Zaharah, Speaker Seminar Kursus Isteri Hebat.

Berbekalkan nasihat itulah saya mula menyimpan hasrat untuk sediakan hanya satu almari yag besar untuk simpan keperluan dan pakaian kami anak beranak. Selebihnya letak almari berlaci yang minimalis untuk bilik tetamu dan bilik anak-anak. Kerap juga beli baju anak dibandingkan baju sendiri. So tak hairan akan berlaku lebih muatan daripada tempat untuk menyimpan.

Di sini akak nak share langkah mudah untuk uruskan pakaian isi rumah. Malah ini akan memudahkan cara untuk kemaskan bilik, rumah dan seterusnya rumah kelihatan bersih dan kemas. Jom kita ikuti 5 langkah mudah di bawah ini.

Pertama


Kumpulkan semua pakaian setempat, seeloknya dalam suatu bilik yang jarang digunakan. Risau kalau gunakan kawasana lapang anak-anak akan ikut campur tangan. Kemudiannya kita asingkan pakaian tadi ikut tuan baju. Senang cerita, wujudkan bakul setiap orang dalam rumah. Contohnya akak kena ada 5 bakul khusus buat suami, akak sendiri, serta anak-anak; Hanzolah, Hanaa dan Huzaifah. Kalau perlu tambahan ikut kegunaan macam cadar, tuala dan kain langsir.

Kedua


Selepas proses pertama selesai, fokus kepada setiap setiap ahli rumah dan bat penilaian kepada baju sama ada masih diperlukan atau tidak. Kalau ada pakaian yang kita pakai sekali setahun, kena fikir tempat yang sesuai nak letak danasingkan pakaian malam dan siang, uniform sekolah, baju jalan-jalan dan lain-lain ikut keperluan. Ini akan bantu kita nampak banyak mana baju yang kita ada ikut keperluan. Langkah ini akan bantu mudahkan step kita yang seterusnya.

Ketiga

Belajar cara lipat baju dengan betul ikut kesesuaian tempat dan ukuran ruang letak baju dalam almari. Bagi akak yang utama akan dahulukan sangkut baju yang mana perlu sangkut. Kemudian mula melipat pakaian yang lebih besar sebelum sambung pakaian anak-anak yang agak cerewet sebab perlu padankan baju dan seluar.



Keempat

Kaedah susun ni banyak. Antaranya guna kaedah DIY pakai kotak atau bekas beli kat ECO Shop. Kalau almari yang besar guna kaedah yang sama, hanya letak dalam kedudukan menegak.

Gambar @AnisAffandi


Kelima

Dah selesai kemas baju dalam almari, baru kita nampak baju-baju yang tak muat, koyak ke, dah rosak, yang nak buang, nak sedekah boleh packing  dan siap label sekali.

Tuesday, March 5, 2019

PEMAKANAN BOLEH MEMPENGARUHI PENYUSUAN




Susu yang dihasilkan untuk si manja tidak banyak dipengaruhi oleh diet ibu. Hal ini kerana tubuh setiap wanita memang dilengkapi kebolehan untuk mengadaptasi penyusuan dengan stress, kekurangan nutrient dan keletihan. Namun begitu sekiranya dapat ibu-ibu mengamalkan pemakanan yang sihat, susu yang dihasilkan lebih cukup dan berkualiti.

Makanan Seimbang


Pemakanan yang seimbang penting. Susu ibu tetap dihasilkan pada tahap optimum meskipun ibu mengalami malnutrisi. Namun sekiranya diet yang diamalkan rendah kalori, ia akan mempengaruhi kualiti dan kuantitinya. Sekiranya tubuh tidak menerima nutrient tertentu untuk penghasilan susu, maka tubuh akan mendapatkan dari tubuh anda dan menyebabkan ibu mengalami kekurangan nutrien berkenaan.

Usah mengira kalori



Selepas bersalin para ibu msti memikirkan cara untuk menurunkan berat badan yang diimpikan. Awas, perlu berhati-hati, tidak melakukan diet yang keterlaluan. Sekiranya berlaku penurunan berat yang mendadak, akan menyebabkan penghasilan susu yang merudum. Tunda dulu sehingga badan benar-benar sihat dan sekiranya perlu dapatkan nasihat doktor.

Bahan tercemar



Minum air yang bertapis untuk mengelakkan bahan tercemar yang terkandung dalamnya seperti klorin, ammonia dan karat. Dinasihatkan untuk membasuh buah dan sayuran menggunakan rendaman air garam. Buah-buahan juga perlu dikupas sebelum makan

Rasa makanan

Makanan akan mempengaruhi rasa susu ibu yang dihasilkan. Tidak perlu bimbang sekiranya ada pelbagai rasa, bayi akan merasa pelbagai rasa daripada susu ibu. Kelak akan membantu ibu semasa bayi diperkenalkan dengan makanan pejal. Elakkan makan berangin seperto kubis, brokoli, kubis, tenusu, buah-buahan sitrus, dan cili yang boleh menyebabkan bayi kembung perut.

Sentiasa Terhidrat


Minum air sekurang-kurangnya tiga liter sehari. Boleh ambil air buah atau jus bukan hanya memadai dengan air kosong sahaja. Rasa haus adalah petanda tubuh memerlukan lebih banyak cecair. Sekiranya sembelit dan dan air kencing yang lebih gelpa warnanya tanda anda mengalami dehidrasi. Hadkan minuman berkafein atau tidak mengambil langsung bagi ibu yang menyusu.

Suplemen

Teruskan mengambil vitamin prenatal uyang diambil semasa mengandung sebulan pertama selepas bersalin. Boleh juga mengambil multivitamin dan mineral yang sesuai. Sekiranya perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Vitamin tambahan bukanlah suatu jaminan untuk menggantikan diet yang seimbang, tetapi dapat membantu ibu supaya tidak mengalami kekurangan vitamin dan mineral sepanjang penyusuan.








Friday, March 1, 2019

8 TIPS BAWA ANAK KECIL KE PULAU



Dahulu, saya pun tak berani sebab tak ramai kawan yang buat. Ingatkan pulau bahaya untuk anak-anak. Saya antara mak yang awalnya ragu-ragu nak bawa anak-anak ke pulau. Hati berat sangat tapi nak bagi mereka gembira. Bagi yang ada plan, ikuti 8 tips nak mudahkan perjalanan dan percutian ke pulau bersama anak-anak.
Huzaifah masa dalam kandungan mak bawa diri dan dua anak ke Pulau Redang, menginap di Resort Pelangi. Ayah ada urusan, mak tak pernah ke Pulau so gigih la nak pergi juga masa pregnant anak ketiga.
Kini Huzaifah dah pun 1 tahun 4 bulan, dua kali merasa ke Pulau Redang dan Pulau Lang Tengah. Rezeki Huzaifah sungguh ni, mak serta abang kakak dapat rasa sekali. Pada Mei 2018, selepas menunaikan hak sebagai pengundi kami memenuhi upacara Hijraa Haealthcare untuk Hari Keluarga buat pertama kali di Pulau Redang, menginap di sartu-satunya resort Melayu, Mak Temah. Makanan best sangat, makan, mandi, tidur..Itulah kerjanya.
Ramai juga tidak tahu, wanita mengandung dibenarkan snorkeling. Tiada beza snorkeling atau berenang di kolam renang sebenarnya. Kedua-duanya baik untuk senaman ibu hamil. Tertakluk kepada ibu hamil yang tiada komplikasi mengandung dan sebaik-baiknya, di trimester ke-2. Saya sendiri tak sempat merasa tapi masa Huzaifah tujuh bulan merasa juga. Alhamdulillah, bergantung kepada kesihatan ibu mengandung ketika itu.
Apa perkara penting yang anda perlu ambil tahu ketika membawa anak ke pulau?
1. Jaket keselamatan kanak-kanak

Selalunya, jaket yang disediakan di bot hanya untuk orang dewasa. Jarang disediakan tuk anak-anak. Tapi masa kami ke Pulau Lang Tengah, ada so pakaikan untuk anak-anak even mereka sangat tak selesa. Huzaifah terutamanya. Kakak dan abang sporting je, campur semangat nak ke pulau.
Ajar anak cara pemakaian, do’s and don’ts ketika di dalam bot dan pantai. Praktikal sekali, insyaAllah anak-anak ingat lepas itu.
2. Sunblock for kids


Ini penting juga. Untuk mengelak kulit terlebih terbakar. Budak-budak kalau jumpa pantai dan laut, matahari atas kepala pun tak perasan. Saya kali terakhir ke pulau Februari lepas cuba pakai Skeenz Balm by Tasneem Naturel. Selesa dan rasa lembab je muka, my husband pun senyap-senyap sapu kat muka. Suka er tu.

3. Makanan dan minuman
Check dengan resort sama ada mereka sediakan makanan atau tidak. Pastikan kudap-kudapan cukup. Terutama air mineral, dahaga kalau musim panas ni. Cepat je budak-budak ni lapar.
Kami memang kali kedua dan ketiga pergi sangat expert, satu beg dengan makanan je. Sebab dah tahu anak-anak ni kalau dah lapar, yang seronok pun jadi lain macam.
4. Baju tambahan
Kebiasaanya yang pergi pake akan ada trip-day. Pelbagai aktiviti yang disertakan dalam trip-day, kami merasa scuba diving. Seronok tengok keindahan ciptaan Allah. Untuk saya yang sudah beberapa kali pergi pulau ini, kami tak bawa baju tukar dalam bot. Apa yang pakai pagi tu, itulah baju bawa balik petang di bot. InsyaAllah kering. Tidak perlu angkut beg camping pula atas bot. Tuala boleh bawa, jika mahu. Tukar baju apabila sudah sampai di darat/hotel nanti (kalau bercuti day-trip). 
5. Ubat
Kami bekalkan ubat demam, selsema dan batuk khusu untuk anak-anak. Sampingannya untuk orang tua, panadol dan ubat tahan muntah la. Wajib. In case of emergency. Set travel tasneem balm saya paling tak tinggal adalah CF Rub dan T-Rub. Persediaan lebih tidak mengapa, anak -anak paling mudah kena selsema kalau berjemur seharian, lepas tu main air lagi. 
Kalau mak yang risau sangat, bawa insect repellent. Dan, plastik lebih. Andai ada yang muntah atau untuk buang sampah. 
6. Bayi – susu dan lampin pakai buang


Mudah bawa bayi ini. Bukakan lampin sebelum masukkan dia ke laut. Berat nanti, dia rimas. Celup sikit-sikit, air pulau ini sejuk. Dia enjoy insyaAllah, mak bapa kena cool dan relax. Biar dia bertadabbur dengan alam, cara dia.
Alhamdulillah rezeki saya Allah mudahkan, anak tak perlukan air panas untuk susu. Cukup sediakan air suam dalam botol siap-siap. Di atas bot, tinggal buka tutup, tuang susu dan goncang. Breastfeed dialu-alukan. Bawa kain penghadang menyusu siap-siap, tidak pun, pakai tudung labuh. Saya pakai blouse yang tak perlu iron, mesra menyusu.
7. Solat hajat
Sehari sebelum bertolak, berdoa dan minta perlindungan untuk perjalanan anda sekeluarga. Laut itu cukup luas. Sesungguhnya kita tiada upaya untuk menghalang, sekiranya bencana menimpa. Doa mak makbul untuk anak-anak, gunakan sebaiknya.

Pertama kali bawa anak-anak naik bot sebab nak ke Pulau Lang Tengah. Nanti mak sambung share pasal lagi pasal apa yang specialnya pulau ni.
8. Happy je raikan waktu bersama anak-anak sebaiknya.


Akhir sekali, sudah penat buat persediaan, izinkan anak-anak belajar berkenalan dengan dunia. Jangan banyak sangat ‘Jangan’. Biarkan mereka teroka benda baru. Anda juga, patut belajar di samping mereka. Buka mata dan minda bersama-sama. InsyaAllah, ia akan menjadi percutian yang berbaloi dan bermakna.
Bercuti ke pulau kena plan masa yang sesuai. Selamat bercuti. Sila share sekiranya bermafaat.


6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...