Thursday, February 28, 2019

HELICOPTER PARENTING, IBU BAPA PERLU CAKNA


Saat dapat perkongsian ini daripada group may ayah Hanzolah dan Hanaa.Saya terikir adakah aku tergolong dalam golong ini. Minta jauh dan membuatkan saya muhasabah banyak perkara isu ini dan berkaitan pendidikan anak-anak. Jom ikuti sharing di bawah.

WHATSAPP GROUP SEKOLAH, HELIKOPTER DAN MASA DEPAN PSIKOLOGI ANAK ANDA



"Cikgu, boleh tolong listkan apa kerja sekolah weekend ni.. anak saya tak ingatlah.. "


Bila terbaca banyak rungutan dan komentar tentang guru yang terpaksa melayan karenah ibu bapa dalam whatsapp kelas, saya terpanggil untuk berkongsi tentang istilah helicopter parenting


1. Istilah ini mula diperkenal oleh dr ginott (1969), merujuk kepada sikap sesetengah ibubapa yang suka 'hovers over' anak-anak seperti helikopter risikan yang memerhati suasana sekeliling. 


2. Ibubapa sebegini lebih cenderung untuk melakukan semua aspek bagi pihak anak. ia mungkin bermula dengan niat yang baik untuk memastikan yang terbaik untuk anak. namun akhirnya terlajak sehingga membuat semua benda 'bagi pihak' anak-anak. dari kerja sekolah, cara berkawan, minat apa, aktiviti kurikulum sampailah kepada perkara remeh temeh.


3. Menurut kajian american psychological association (apa), kaedah parenting sebegini akan memberi kesan negatif terhadap kemampuan kanak-kanak mengendalikan emosi dan tingkahlaku sendiri.


4. Akibatnya anak tidak belajar untuk mengambil tanggungjawab sendiri. kanak-kanak ini juga didapati lebih cenderung berperilaku bermasalah di dalam kelas, sukar mendapat kawan, mengalami masalah dalam pelajaran dan akhirnya sukar untuk mengurus cabaran hidup apabila dewasa.


5. Ibubapa sebegini selalunya digambarkan sebagai 'hyper-present physically but absent emotionally'. maksudnya cuba hadir secara fizikal dalam hidup anak untuk memastikan aspek fizikal anak-anak diurus dengan baik, tetapi sebenarnya mengabaikan psikologi anak-anak dengan tidak membenarkan anak-anak belajar untuk berkembanh secara fitrah yang sesuai dengan keadaan dan fasa mereka.


6. Ibubapa perlu beri ruang untuk anak-anak belajar mengurus kehidupan sendiri sepadan dengan usia mereka. jangan sub-conkan proses ini dengan micromanage segala aspek kehidupan anak menggunakan guru-guru.


7. Biarpun fasa dan zaman berubah, jangan jadikan teknologi sebagai ganti kepada proses alami anak-anak membesar.

Step back, dan muhasabah. berpada dengan campurtangan, biar cukup rasa.


#psikologisikecil
https://www.apa.org/news/press/releases/2018/06/helicopter-parenting.aspx

Sumber asal:
Dr Rozanizam, Pensyarah Dan Pakar Perubatan Sakit Jiwa, UIAM.


CALM TIME BANTU IBU PANTANG BERSENDIRIAN TANPA PENJAGA


“TERIMA KASIH KAK BAGI SAYA HADIAH BALM CALM TIME, MERANA NAK MAKAN BILA ANAK ASYIK NAK TIDUR MERIBA SAHAJA”.

Luahan mak anak kedua yang berpantang dengan anak di rumah sendiri.

Tipulah kalau kata mak tak pening melayan anak –anak yang meragam dan baby pula merengek. Kita bikan sahaja kepenatan tapi risau memikirkan mereka. Selain emosi anak yang tak terjangka dan tidak stabil, emosi kita sebagai mak ayah turut terganggu.

Alhamdulillah, dengan adanya TASNEEM NATUREL CALM TIME dapat membantu ramai ibu-ibu terutamanya yang menghadapi masalah anak suka mengamuk dan tantrum.



Testimoni pengguna Calm Time dengan wajah baru.

APAKAH RAMUAN UNTUK CALM TIME INI?
Kandungan bahan adalah 100% essential oil.

Secara ringkasnya,  Tasneem Naturel Calm Time Balm ini berfungsi sebagai :
  • Memberikan keselesaan
  • Mengurangkan tekanan
  • Mengurangkan keletihan
  • Bantu anak lebih tenang

CARA GUNA

Sapu di tulang belakang, tapak kaki, di nadi belakang telinga serta pergelangan tangan.
Balm ini membantu menenangkan anak anda jika dalam keadaan tantrum / mengamuk / menangis tanpa henti.




TIPS MERAWAT LUKA DI RUMAH





Anak – anak yang sedang membesar sering kali megalami luka akibat terjatuh, digigit serangga atau haiwan dan sebagainya. Jom ikuti tips untuk merawat sendiri luka kecil yang tidak merbahaya.

Pastikan ibu bapa mencuci tangan terlebih dahulu. Bersihkan luka dengan cara meletakkan luka di bawah air yang mengalir. Boleh juga mengelap kawasan sekeliling luka dengan perlahan –lahan menggunakan pengelap antiseptic atau kapas yang direndam di dalam air yang hangat. Gunakan sekeping kapas yang bersih bagi setiap pengelapan. Jangan keluarkan sebarang benda yang terbenam dalam luka yang dialami oleh anak.

Sekiranya anak anda digigit oleh haiwan, cuci luka gigitan dengan sempurna menggunakan sabun dan air.

Jika luka itu masih berdarah selepas lima minit, tekan dengan sekeping pad ke atas selama beberpa minit. Boleh juga menggunakan sehelai sapu tangan bersih untuk menggantikan pad.

Letakkan sekeping plaster atau pembalut di atas luka untuk mengelakkan jangkitan kuman dan memastikan luka sentiasa bersih. Jangan letak sebarangan salap antiseptic pada luka anak.

Pastikan luka sentiasa ditutup dengan plaster berpelekat atau pembalut sehingga sembuh sepenuhnya. Ini dapat memastikan agar bahagian itu sentiasa lembap dan membantu luka cepat sembuh. Sentiasa tukar plaster untuk jaminan kebersihan. Rendamkan plaster berpelekat di dalam air untuk mengeluarkan dengan mudah.

Tapi sekiranya luka yang dialami menyebabkan pendarahan teruk, sila bawa berjumpa dengan doktor secepat mungkin.


LAYAKKAH AKU MENELADANI 'AIR'


HEBATNYA AIR, MAHA HEBAT YANG MENCIPTAKANNYA

Saat aku disentuh tarbiyah lebih kurang lima belas tahun yang lalu. Aku sering diingatkan untuk menjadi seperti air yag mengalir, jangan jadi seperti air yang bertakung. Dikhuatiri bukan sahaja berlumut, tidak bersih berbau dan memberi penyakit kepada orag lain. Semoga kita semua jadi manusia yag bermanfaat di posisi masing-masing.

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air.. Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram.. Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu... Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air... Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai... Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus. :heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart:

    ANAK-ANAK ADALAH TETAMU

    Gambar terkini anak-anak masa bercuti.


    KENAPA ANAK-ANAK NI TETAMU KITA?

    Yang biasa kita dengan tetamu ni bawa berkat, jadi secara sinonim ayatnya nak menyatakan adakah anak-anak ini mebawa kebekatan dalam rumah kita? Jom kita baca penulisan lanjut.


    1. Anak-anak kita adalah anugerah Allah kepada kita. Tetapi, dalam masa yang sama mereka adalah bahan ujian bagi kita.

    2. Anak-anak itu satu hari akan meninggalkan kita atau kita sendiri yang lebih dahulu meninggalkan mereka. Yang pasti suatu hari kita akan berpisah daripada mereka.

    3. Ada ungkapan cantik daripada Syeikh Muhammad Ratib Al-Nablusi tentang anak-anak kita ini. Renungkanlah ungkapannya ini dengan baik. Kata beliau, "Anak-anak kamu adalah tetamu-tetamu kamu di rumah kamu. Layanlah mereka dengan baik sehingga mereka terkenang-kenang dengan layanan kamu yang baik itu."

    4. Jaga anak-anak kita dengan baik dan didik mereka. Bersabarlah dengan kerenah dan tingkah laku mereka. Kita tidak akan lama bersama mereka. Mereka hanya sementara. Ujian Allah daripada mereka pasti akan berakhir juga suatu hari.

    5. Apabila kita dapat bersabar menghadapi mereka, maka hasil yang cantik yang akan kita dapatkan nanti. Sabar itu indah.

    Monday, February 11, 2019

    5 CARA UNTUK AYAH JADI HERO ANAK-ANAK


    Abi dan Hanzo with 'love'


    Percaya atau tidak ayah mempunyai pengaruh yang besar dalam membentuk perkembangan anak-anak jika dibandingkan dengan ibu. Hal ini supaya mereka menjadi orang dewasa yang lebih baik, terutamanya anak lelaki.

    Sebelum kelahiran mereka lagi ayah-ayah yang hebat kena melibatkan diri. Ikuti 5 cara di bawah untuk capai misi ayah hebat.





    1. Bercakap dengan anak ketika masih dalam Rahim ibu.

    Biasakan anak dalam Rahim dengar suara ayah dan ibu. Ayah boleh mulakan hubungan dengan mengaji dengan anak semasa dalam kandungan. Bahkan boleh mula berinteraksi dengan anak-anak. Menjalan ujian pemeriksaan altrasound dan merasa sendiri tendangan anak.

    2. Berhubungan dengan bayi yang baru lahir.

    Kita biasa dengar pentingnya keberadaan ibu sepanjang awal usia bayi seperti dalam tempoh berpantang. Ayah juga diperlukan sepanjang tempoh berpantang, bantu ibu uruskan anak contohnya. Ayah mengambil tugas ibu untuk mandikan anak-anak manakala ibu sediakan pakaian dan hidangkan makanan. Bukan sahaja sikap toleransi di kalangan suami isteri malah dapat meningkatkan hubungan ayah dan anak jadi lebih rapat.

     3. Sentiasa memberi pelukan dan keselesaan

    Ayah lebih mudah mendapatkan perhatian anak. Jadi senang untuk menghiburkan dan memeluk anak-anak. Anak yang lebih kerap dipeluk, secara tidak langsung dapat mengawal emosi anak anda lebih cepat dan mereka rasa dilindungi. Tiada apa yang lebih bermakna buat anak-anak melainkan perhatian dan sokongan emosi daripada ibu dan ayah.

     4. Meluangkan masa bermain dengan anak-anak

    Ibu ada masanya saat bermain dengan anak tapi fikirannya melayang ke dapur yang belum berasap. Misi ayah untuk luangkan masa sebaiknya sedangkan kuantiti masa sangat sedikit. Kajian lebih menyarankan agar aktiviti yang dijalankan perlu berkualiti dan lebih terpahat di jiwa anak-anak.

    Hanaa dan Abi

    5. Ayah tolong ajar anak-anak

    Kena ingat penglibatan ayah sangat penting untuk perkembangan anak-anak. Ayah boleh ajar anak-anak berkaitan pelajaran kehidupan seperti pentingnya jujur, berani, dan mengambil berat. Hatta nak ucap terima kasih pun ayah yang ajar, dan praktik bersama anak.

    “Terima kasih Abi, Terima kasih Umi, Terima kasih Ya Allah”.
    Skrip anak-anak bila dapat apa yang mereka idamkan. Hasil daripada didikan Abi.

    Apabila ibu melibatkan ayah dalam pendidikan anak-anak, adalah lebih mudah dari apa yag kita bayangkan. Ibu kena beri peluang dan jadi saksi ayah menjadi super hero kepada anak-anak.

    Good luck buat ayah-ayah yang sudi membaca post ini.


    10 CARA ATASI MASALAH SEMBELIT DI RUMAH



    Jika anak atau orang dewasa tidak membuang air besar selama 3 hari, bersedialah untuk berhadapan dengan sembelit yang teruk. Sembelit ini normal tapi jika dibiarkan anda akan mengalami kesakitan yang teruk terutama semasa meneran. Lubang dubur boleh koyak dan boleh menyebabkan buasir juga.

    Begitu juga anak- anak, jangan biarkan anak tidak membuang air besar lebih 3 hari terutama anak yang sudah makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, susu tepung dan sebagainya. Dibawah ada 10 cara mudah bagi atasi sembelit anak dengan segera.

    1. Atasi sembelit dengan minum air kelapa

    Air kelapa perlulah yang segar dari buahnya. Bukan yang dibeli dikedai yang ada tambahan gula. Seeloknya bagi anak setengah cawan – 1 cawan sebelum mula makan makanan berat yang lain.

    2. Atasi sembelit dengan buah betik yang masak

    Untuk anak atas 6 bulan yang belum ada gigi, boleh lenyek betik masak dan jadikan puri. Beri anak makan puri betik dulu sebelum beri bubur nasi atau susu botol.

    3. Atasi sembelit dengan minum banyak air putih

    Walaupun anak minum susu tepung, anak haruslah diberi air putih juga. Anak usia 1- 3 tahun memerlukan antara 1 liter air putih setiap hari. Orang dewasa pula memerlukan paling minimum 3 liter sehari.

    4. Balm/ Minyak Ubat

    Selain makanan ada juga balm atau minyak ubat yang boleh melegakan sembelit dengan segera. Bahan dalam balm atau minyak ubat ini perlulah mempunyai bahan yang bagus untuk perut seperti tangerine, serai dan bergamot. Pilihan saya ialah balm T-RUB dari tasneemnaturel. Sapu balm dan dengan sedikit urutan, ia mampu memberikan kesan segera pada perut. Boleh dapatkan balm di sini.

    5. Minum jus nanas

    Sediakan buah nanas yang sudah masak, untuk atasi sembelit hanya perlu meminum jusnya sahaja, seratnya perlu ditapis dan dibuang. jadikan amalan 2 kali sehari untuk pembuangan air besar yang lancar. Untuk anak pula hati- hati beri jus nanas dibimbangi anak akan sakit perut dan cirit birit pula.

    6. Amalkan minyak zaitun

    Setiap malam sebelum tidur boleh minum 1 sudu minyak zaitun. Untuk anak kecil boleh juga beri minyak zaitun sesudu kecil setiap malam. Minyak zaitun akan rasa tidak sedap, tapi sangat membantu melancarkan penghadaman dalam tubuh. Najis jadi lembut dan mudah untuk kita membuang.

    7. Kunyit

    Kunyit boleh buat jus atau makan begitu sahaja. Antioksidan yang ada di dalam kunyit mampu menjaga dan melindungi usus. Selain itu jika rasa sakit kerana sembelit vitamin daripada kunyit boleh meredakan rasa sakit itu.

    8. Makan makanan yang banyak mengandungi prebiotik dan probiotik


    Makanan yang mempunyai kandungan prebiotik yang tinggu ialah arabic gum, pisang, bawang dan bijirin. Manakala probiotik ialah yogurt, budu, dan makanan yang diperap seperti kimchi dan jeruk.

    9. Jauhi makanan segera

    Jangan amalkan makanan segera selalu walaupun hanya kentang goreng. Bahan pengawet dalam makanan segera memang boleh menyebabkan sembelit kerap berlaku.

    10. Bersenam

    Senaman yang mudah ialah kayuh basikal. Untuk anak kecil boleh buat senaman gerakkan kaki anak seperti sedang mengayuh basikal. Selain itu boleh mulakan aktiviti berjalan kaki selama 20 minit setiap hari.

    Semoga tips ini dapat membantu pembaca untuk menguruskan diri dan keluarga yang tersayang. Rawat sembelit dengan dari rumah anda.

    Monday, February 4, 2019

    PEMILIHAN CERMIN MATA BAWA PENAMPILAN PERIBADI






    CERMIN MATA NI KEPERLUAN ATAU GAYA JE LEBIH?

    Siapa yang pakai dia yang tahu ke apa dia pakai. Kalau nak cerita panjang tapi nak kabo tak selesa pun pakai seharian. Nak-nak ada anak kecik mai dia tarik spec masa tengah dukung. Lagi la kalau bab-bab nak melawa ngan tudung lilit ke tudung sauk ke, cermin mata bagi pengaruh juga tau. Saya sendiri dari awal kena pakai spec, memilih untuk pakai bila perlu sahaja. Masa belajar, nak memandu dan nak menonton. Tapi sampai suatu masa, dicadangkan pakai secara permanent sebab makin teruk nak-nak time memandu waktu panas dan malam. Malam sebenarnya 'out' terus. So untuk kebaikan kita pilih untuk ikut saranan doktor mata.

    Tapi yang wajib pakai spec tu better kita pilih yang sesuai dengan muka dan selesa. Benda alah ni akan pengaruhi penampilan kita. Yang kurus nampak berisi. Yang muka bulat nampak slim. Yang penting bagi akak, tanya pasangan sepatah, yang hari-hari tengok kita. Setuju ke dia kita pakai spec lagu ni? Angguk pun jadi la. Lagi beruntung pasangan bagi komen, silap haribulan tolong bayar sekali. Contohnya yang kat bawah ni suami yang pilih dan tolong bayarkan. Terima kasih Kanda.

    Gambar dengan anak yang suka tarik spec mata mak.

    PEMILILIHAN BENTUK DAN SIZE CERMIN UBAH GAYA PEMAKAI

    “Akak nampak berisi sikit la pakai cermin mata ni. Sebelum ni masa akak tak pakai nampak cengkung”.


    Antara komen yang positif tapi tidak terkecuali yang pandang lain macam. Adatlah pandangan mata manusia kan beza-beza. Kita terima seadanya. 

    Nak share tips pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka kita. Mula-mula kena tilik dulu cermin muka ni bentuknya camne? Tahu ke cara nak ukur? 

    Ambil satu daripada yang berikut: penanda yang boleh dibasuh, gincu, sebuku sabun, atau pensel dan berdiri di hadapan. Cuba untuk tidak membiarkan tangan anda.

    Kenalpasti garisan wajah anda di permukaan cermin, bermula dari dagu dan berakhir dengan garis rambut anda. Ambil langkah kembali, dan lihat bentuk yang dihasilkan.




    Muka bulatKepanjangan dan kelebaran wajah seakan sama jumlahnya. Dagu yang kecil dan tidak bersudut tajam. Garis rambut pula bulat dan tidak jelas kelihatan.Tugas anda adalah untuk memanjangkan visual wajah anda. Jadi pilih kaca mata dengan bingkai gelap. Ia akan memberikan ilusi muka lebih sempit, lebih kepada bentuk bujur. Untuk mengimbangi perkadaran wajah anda, pilih bingkai di mana lebarnya lebih besar daripada bingkai yang tinggi.

    Sesuai :·         Cermin mata segi empat tepat, dan persegi
    ·         Mata “mata kucing”
    ·         Gelas “Rama-rama”
    ·         Kaca dengan jambatan sempit
    ·         Aviators”·         “Wayfarers

    Tidak sesuai :·         Gelas bulat
    ·         Bingkai sempit
    ·         Kacamata dengan tepi tajam yang jelas
    ·         Gelas berbentuk geometri
    ·         Kacamata dengan kanta berwarna
    ·         Kacamata yang menutup kening

    Muka bujurKepanjangan wajah lebih banyak berbanding dengan kelebarannya. Dagu berbentuk bulat. Tulang pipi pula memberikan sisi yang luas pada wajah. Lebar dahi sedikit besarDalam kes ini, matlamat utama tidak mengganggu perkadaran harmoni wajah anda. Oleh itu, anda harus mengelakkan kacamata yang terlalu besar. Sebaiknya, bingkai sepatutnya selebar muka anda, atau sedikit lebih luas. Pastikan bahagian atas bingkai selaras dengan kening anda.

    Sesuai :·         Kaca dengan bingkai berbingkai halus: segi empat tepat, bujur, bulat
    ·         Gelas “Rama-rama”
    ·         Aviators”·         Kacamata “mata kucing”

    Tidak sesuai :·         Kacamata dengan tepi tajam yang jelas
    ·         Kacamata yang kelihatan terlalu besar
    ·         Kacamata yang kelihatan terlalu lebar
    ·         Bingkai sempit

    Muka Persegi / petakKepanjangan wajah dan lebarnya seakan sama. Dagu pula lebih luas dan bersudut. Tulang pipi, rahang dan dahi adalah berkeluasan sama. Garisan rambut pula lurus.Bingkai segi empat tepat atau segi empat tepat boleh mengatasi garis besar wajah anda. Sebaliknya, bingkai bulat akan membantu mengimbangi secara visual dan melembutkan perkadaran muka keseluruhan.

    Sesuai :·         Kacamata besar
    ·         Kacamata di mana lebar bingkai sama dengan lebar muka anda
    ·         Kacamata dengan bingkai berwarna
    ·         Gelas dengan bingkai berbentuk bujur, bulat atau berbentuk air mata
    ·         Cermin mata tanpa sempit
    ·         Kacamata “mata kucing”
    ·         “Aviators”Tidak sesuai :·         Bingkai persegi dengan sudut tajam
    ·         Bingkai kecil, sempit, dan kecil
    ·         Kacamata di mana bingkai lebih luas dari wajah anda

    Muka segi empat tepatKepanjangan wajah lebih jumlahnya berbanding dengan lebar. Tulang pipi, rahang dan dahi turut berkongsi jumlah yang sama. Dagu juga lebih luas dan bersudut. Seterusnya, garisan rambut lurus.Bertujuan untuk menjadikan wajah anda kelihatan lebih luas. Pilih cermin mata yang besar. Juga, pastikan mereka mempunyai kanta telus dan bingkai langsing yang sepadan dengan nada kulit anda.

    Sesuai :·         Kacamata berbingkai besar
    ·         Aviators” (dengan bingkai besar)
    ·         Kacamata berbingkai bulat

    Tidak sesuai :·         Bingkai sempit
    ·         Gelas kecil
    ·         Kacamata dengan bingkai berwarna terang dan berwarna-warni

    Muka bentuk hatiKepanjangan wajah lebih besar daripada lebarnya. Dagu lebih runcing, sementara dahi sedikit luas. Sama seperti wajah berbentuk segi tiga, wajah berbentuk kecil daripada dahi ke dagu.Matlamat anda adalah untuk mengimbangi bahagian atas muka anda dengan membuat bahagian bawah kelihatan lebih besar. Cermin mata yang sangat besar tidak akan membantu. Mereka akan menambah lebih banyak pukal ke bahagian atas. Kami menasihati anda untuk memilih cermin di mana lebarnya sama dengan lebar muka anda. Pilih reka bentuk berbentuk air mata. “Aviators” akan menjadi ideal.

     Sesuai :·         Kacamata bulat atau bulat
    ·         Bingkai kecil dengan jambatan sempit
    ·         Kacamata dengan set lengan yang rendah
    ·         “Aviators”·         “Wayfarers”·         Cermin mata tanpa bingkai
    ·         Bingkai berwarna terang atau neutral

    Tidak sesuai :·         Kacamata dengan bingkai besar dan berat
    ·         Kacamata dengan garis tajam
    ·         Kacamata yang menutup kening
    ·         Kacamata “rama-rama” atau gelas berbentuk air mata
    ·         Kacamata “mata kucing”

    Muka bentuk segi tigaKepanjangan wajah adalah lebih berbanding dengan kelebarannya. Dagu pula berbentuk persegi. Tulang pipi dan dahi sedikit sempit. Wajah agak sempit daripada tengah ke bawah.Matlamat utama anda adalah untuk memperluaskan secara visual bahagian atas muka anda sambil membuat separuh lebih rendah kurang jelas. Pilih cermin mata hitam dengan bingkai besar dan bahagian atas yang luas. Bahagian bawah tidak boleh mempunyai garis besar persegi atau tajam.

    Sesuai :·         Gelas bulat tanpa hiasan terang
    ·         “Aviators”·         Mata “mata kucing” dengan kanta telus
    ·         Cermin mata tanpa sempit

     Tidak sesuai :·         Mata gelas berbentuk kucing dengan kanta berwarna gelap
    ·         Kaca dengan bingkai persegi atau segi empat tepat
    ·         Kacamata dengan bingkai sempit atau kecil
    ·         Kacamata di mana bahagian bawah mempunyai garis besar segi empat atau tajam



    Semoga bermanfaat buat rakan-rakan yang membaca. Terima kasih.







    6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

    Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...