Thursday, February 28, 2019

LAYAKKAH AKU MENELADANI 'AIR'


HEBATNYA AIR, MAHA HEBAT YANG MENCIPTAKANNYA

Saat aku disentuh tarbiyah lebih kurang lima belas tahun yang lalu. Aku sering diingatkan untuk menjadi seperti air yag mengalir, jangan jadi seperti air yang bertakung. Dikhuatiri bukan sahaja berlumut, tidak bersih berbau dan memberi penyakit kepada orag lain. Semoga kita semua jadi manusia yag bermanfaat di posisi masing-masing.

Dahaga .. cari air..
Mandi .. cari air..
Masak .. cari air.. Kenapa tidak kita contohi air??
Dicincang tiada putus.
Di bakar tiada hangus.
Di mana duduk ikut acuan.
Mengalir ikut arus.

Ikut hukum Allah.
Ikut aliran.
Tiada mudik ke hulu.
Tiada terbang ke langit.

Belajarlah dari air.
Taat pada hukum Allah.
Nampak lemah.
Nampak cair.

Api marak .. airlah pemadam.
Pokok layu .. airlah disiram.. Berlembutlah seperti air.
Berjuanglah seperti air.
Lembut belum tentu kalah.

Lihatlah air.
Setitik demi setitik menimpa batu,
Akhirnya berlubang jua si batu... Biar hati seperti air.
Biar sejuk biar tenang.
Tampak lembut, tampak cair.
Kemenangan tetap milik air... Jangan seperti batu.
Keras dan kaku.
Terhempas pecah berderai.
Pecah bersepai... Berjuanglah seperti air..
Dicincang tiada putus.
Dibakar tiada hangus. :heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart::heart:

    No comments:

    Post a Comment

    6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

    Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...