Anak – anak yang sedang membesar sering kali megalami luka
akibat terjatuh, digigit serangga atau haiwan dan sebagainya. Jom ikuti tips
untuk merawat sendiri luka kecil yang tidak merbahaya.
Pastikan ibu bapa mencuci tangan terlebih dahulu. Bersihkan
luka dengan cara meletakkan luka di bawah air yang mengalir. Boleh juga
mengelap kawasan sekeliling luka dengan perlahan –lahan menggunakan pengelap
antiseptic atau kapas yang direndam di dalam air yang hangat. Gunakan sekeping
kapas yang bersih bagi setiap pengelapan. Jangan keluarkan sebarang benda yang
terbenam dalam luka yang dialami oleh anak.
Sekiranya anak anda digigit oleh haiwan, cuci luka gigitan
dengan sempurna menggunakan sabun dan air.
Jika luka itu masih berdarah selepas lima minit, tekan
dengan sekeping pad ke atas selama beberpa minit. Boleh juga menggunakan sehelai
sapu tangan bersih untuk menggantikan pad.
Letakkan sekeping plaster atau pembalut di atas luka untuk
mengelakkan jangkitan kuman dan memastikan luka sentiasa bersih. Jangan letak
sebarangan salap antiseptic pada luka anak.
Pastikan luka sentiasa ditutup dengan plaster berpelekat
atau pembalut sehingga sembuh sepenuhnya. Ini dapat memastikan agar bahagian
itu sentiasa lembap dan membantu luka cepat sembuh. Sentiasa tukar plaster
untuk jaminan kebersihan. Rendamkan plaster berpelekat di dalam air untuk
mengeluarkan dengan mudah.
Tapi sekiranya luka yang dialami menyebabkan pendarahan
teruk, sila bawa berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment