“Setiap kali saya belikan baju baru, saya akan pastikan ada
pakaian yang akan dikeluarkan daripada almari atau disedekah kepada yang
memerlukan. Tiada istilah beli almari baju untuk isi baju baru.”
Puan Zaharah, Speaker Seminar Kursus Isteri Hebat.
Puan Zaharah, Speaker Seminar Kursus Isteri Hebat.
Berbekalkan nasihat itulah saya mula menyimpan hasrat untuk
sediakan hanya satu almari yag besar untuk simpan keperluan dan pakaian kami
anak beranak. Selebihnya letak almari berlaci yang minimalis untuk bilik tetamu
dan bilik anak-anak. Kerap juga beli baju anak dibandingkan baju sendiri. So
tak hairan akan berlaku lebih muatan daripada tempat untuk menyimpan.
Di sini akak nak share langkah mudah untuk uruskan pakaian
isi rumah. Malah ini akan memudahkan cara untuk kemaskan bilik, rumah dan
seterusnya rumah kelihatan bersih dan kemas. Jom kita ikuti 5 langkah mudah di
bawah ini.
Pertama
Kumpulkan semua pakaian setempat, seeloknya dalam suatu
bilik yang jarang digunakan. Risau kalau gunakan kawasana lapang anak-anak akan
ikut campur tangan. Kemudiannya kita asingkan pakaian tadi ikut tuan baju.
Senang cerita, wujudkan bakul setiap orang dalam rumah. Contohnya akak kena ada
5 bakul khusus buat suami, akak sendiri, serta anak-anak; Hanzolah, Hanaa dan
Huzaifah. Kalau perlu tambahan ikut kegunaan macam cadar, tuala dan kain langsir.
Kedua
Selepas proses pertama selesai, fokus kepada setiap setiap
ahli rumah dan bat penilaian kepada baju sama ada masih diperlukan atau tidak.
Kalau ada pakaian yang kita pakai sekali setahun, kena fikir tempat yang sesuai
nak letak danasingkan pakaian malam dan siang, uniform sekolah, baju
jalan-jalan dan lain-lain ikut keperluan. Ini akan bantu kita nampak banyak
mana baju yang kita ada ikut keperluan. Langkah ini akan bantu mudahkan step kita
yang seterusnya.
Ketiga
Belajar cara lipat baju dengan betul ikut kesesuaian tempat
dan ukuran ruang letak baju dalam almari. Bagi akak yang utama akan dahulukan
sangkut baju yang mana perlu sangkut. Kemudian mula melipat pakaian yang lebih
besar sebelum sambung pakaian anak-anak yang agak cerewet sebab perlu padankan
baju dan seluar.
Keempat
Kaedah susun ni banyak. Antaranya guna kaedah DIY pakai
kotak atau bekas beli kat ECO Shop. Kalau almari yang besar guna kaedah yang
sama, hanya letak dalam kedudukan menegak.
Gambar @AnisAffandi |
Kelima
Dah selesai kemas baju dalam almari, baru kita nampak
baju-baju yang tak muat, koyak ke, dah rosak, yang nak buang, nak sedekah boleh
packing dan siap label sekali.
No comments:
Post a Comment