Sunday, January 27, 2019

12 TIPS BANTU BAYI TIDUR LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM

12 TIPS BAYI TIDUR LEBIH LENA PADA WAKTU MALAM



Kita pernah dengar nak kulit yang sihat adalah perlukan tidur sekucupnya. Mak-mak tak payah bermimpi nak tidur lena bila anak-anak selalu terjaga waktu malam. Tambahan mereka bukan sekadar berjaga, malah mengamuk dan menangis menyebabkan ibu tidak mendapatkan rehat yang cukup.


Susu dah bagi, perut pun tiada tanda-tanda kembung. Pendek kata mereka ni sihat cuma kerap terjaga dan menangis waktu malam pasti buat mak pening kepala dan akhirnya stress.


Berikut adalah tips yang boleh ibu-ibu cuba untuk mengatasi masalah seperti ini:

1. Perhatikan tanda-tanda bayi hendak tidur.

Kenapa ianya penting untuk kita faham dan sedar apabila bayi hendak tidur? Langkah ini merupakan langkah yang paling penting dan terawal dalam memastikan anak tidur yang lena sepanjang malam.

Pernah tak alami situasi di mana bayi anda terjaga apabila dia baru sahaja hendak tidur? Akibatnya, bayi akan merengek dan tidak tidur dengan baik selepas itu. Nak tak nak, maknya pun tak boleh tidur la jawabnya.



 2. Latih bayi dengan‘habit’ sebelum tidur.

Antara rutin yang boleh dilatih untuk bayi adalah mandi dengan air suam sebelum tidur. Mandian ini dapat merehatkan b serta dapat membantu bayi tidur dengan lebih lena dan selesa. Bayi ni lagi elok kita bedung selepas mandi.

3.  Amalkan urutan memukau

Percaya atau tidak, bayi pun perlukan urutan badan sebelum tidur. Ada kajian yang mengatakan  bayi dan kanak-kanak yang diurut sebelum tidur selama 15 minit mampu untuk tidur lena tanpa terjaga. Boleh menggunakan Balm Calm Time dan Sleep Time untuk tujuan urutan. Ianya sangat membantu anak lebih mudah tidur dan lebih lena.

By Tasneem Naturel 

4.  Mainkan bunyi-bunyian yang menenangkan

Boleh pasang alunan AL- Quran, zikir atau muzik yang lembut seperti bunyi ombak dan air. Paling senang download zikir kat Youtube then perdengarkan.  Kesannya, bayi rasa lebih tenang dan memudahkan bayi lena.
5. Buaikan bayi
Pergerakan buaian atau kerusi tidur bayi boleh membuatkan bayi terbuai-buai sehingga tertidur lena. Ayunan buaian dapat meredakan keadaan bayi dan tidak lama selepas itu bayi akan lena dibuai mimpi.

6. Elakkan pengambilan kafein bagi ibu yang menyusukan bayi

Bayi akan terkesan jika minum susu ibu yang mengandungi kafein. Lebih mengerikan, badan bayi mengambil masa sehingga 97 jam untuk hilangkan kesan kafein dari tubuhnya menyebabkan bayi lebih susah untuk tidur. Sayang diri ke sayang anak, kena elakkan pengambilan kafein tau bagi yang menyusu.
 7. Makan pada waktu siang
Kekerapan makan di waktu siang mampu membantu tidur yang lena di malam hari. Bayi mempunyai saiz perut yang kecil dan perlu makan dengan kerap. Beri makan atau susukan bayi di waktu siang dengan kerap supaya masa dia tidur waktu siang tidak begitu lama.
Jika bayi anda tidur lebih dari empat jam, anda boleh buka bedungnya dan kejutkan dia dengan lembut. Rutin menyelang-selikan tidur dan makan dapat mengurangkan sedikit sebanyak masalah kerap terjaga malam.
8.  Didik bayi tentangperbezaan siang dan malam
Pastikan pada waktu malam, cahaya sedikit malap berbanding kecerahan di waktu siang. Selain itu, suasana malam sepatutnya lebih sunyi berbanding waktu siang. Kebiasaan ini dapat membantu bayi tidur lena dan lebih lama di waktu malam. Serta tidur lebih singkat di waktu siang.
9. Usah ganggu bayi
Elakkan mengganggu bayi dengan menukar lampinnya ketika dia sedang menyusu. Waktu seperti ini akan membuatkan bayi tidak selesa dan merengek. Tunggu sehingga anak betul-betul lena, baru tukar lampinnya.
10. Biarkan bayi tidur semasa menyusu
Menyusu badan merupakan perkara yang paling berharga buat si ibu dan anak. Kebiaasaannya, bayi mudah tertidur apabila menghisap susu ibunya. Hal ini kerana, hormon-hormon akan terhasil dan menimbulkan keselesaan buat bayi dan ibu. Susu nombor satu, terbaik adalah susu ibu.
 11. Tidur bersama bayi
Kajian menunjukkan bahawa, bayi dan ibu yang mempunyai  kitaran tidur yang sama boleh membantu bayi untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.
12. Bau ibu
Boleh juga gantikan tempat si ibu dengan baju atau apa sahaja yang boleh membuatkan bayi merasakan ibu berada disisinya. Ketika diawal kelahiran, deria bau antara deria yang sangat tajam bagi bayi.
So, ibu-ibu boleh amalkan tips ini untuk bayi anda. Ibu bukan sahaja dapat bantu bayi tidur lena, malah dapat bantu ibu rehat sekucupnya. Insyaallah kulit pun makin cantik nanti. 

Tuesday, January 15, 2019

ANAK KURANG MEMBUANG AIR BESAR


ANAK KURANG MEMBUANG AIR BESAR


“Anak lelaki saya berumur lima tahun dan suka makan sayur serta buah-buahan selain makanan asas yang lain. Namun apa yang merisaukan saya ialah dia jarang buang air besar. Biasanya akan membuang tiga hari sekali. Adakah anak saya mengalami masalah penghadaman atau normal untuk usianya?”



Kebanyakan ibu mula runsing anaknya ada kaitan dengan masalah membuang air besar. Harus kita ingat bahawa setiap anak mempunyai tabiat membuang air yang tidak sama. Ada yang membuang air setiap hari, tiga kali sehari dan ada yang hanya tiga kali dalam seminggu. Jika itu adalah corak dan tabiat anak kebiasaan anak maka itu adalah normal.

Namun sekiranya tekstur najis adalah keras kering dan besar, malah membawa kesakitan ketika membuang itu adalah sembelit dan harus dibawa ke klinik untuk pemeriksaan lanjut.


Sangat digalakkan untuk amalkan sapuan balm atau minyak kepada bayi dan kanak-kanak selepas mandi. Lakukan urutan ‘ I Love U’seperti dalam rajah.


Wednesday, January 2, 2019

5 MAKANAN WAJIB ELAK UNTUK KULIT CANTIK



Bagi semua wanita, memiliki kulit wajah dan tubuh yang cantik sangat diidamkan. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan kulit yang cantik? Ada yang sanggup mengeluarkan mengeluarkan bekanja yang banyak semata- mata untuk mendapatkan kulit cantik.

Jom kita kongsikan kaedah nak dapat kulit cantik tanpa keluarkan modal yang lumayan.


Mahu kulit ciri seperti di atas, beri jamuan yang sesuai dengan kehendak kulit. Makanan berikut adalah pantang pada kulit:


1. GULA PUTIH

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengundang kepada pelbagai penyakit kronik. Setiap kali bercakap pasal gula dan penyakit, kita mesti fikirkan kencing manis kan? Padahal banyak lagi penyakit yang boleh kita kaitkan. Antaranya gula putih umpama baja untuk jerawat. Elakkan saka ini andai mahu kulit bebas jerawat dan jeragat.


2. MINUMAN BERKAFIEN  

Kafein yang berlebihan akan menyebabkan imsomnis, anemia dan menjadikan sel kulit kering. Kafein dehidrasikan kulit. Hilangkan air. Akibatnya kulit jadi kusam, berkedut dan gelebeh.


3. TENUSU

Orang putih sebut dairy product. Ini juga punca munculnya bintik bintik merah pada wajah.


4. PROCESSED FOOD

Wajib masukkan dalam kategori makanan haram makan. Dalam processed food ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan dan macam-macam PE lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.

5. SHELLFISH

Cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperti ketam dan udang.  Bandingkan dengan zaman makan dahulu dengan selepas tidak makan. Lihat hasil.


Kecantikan terbina dari dalam. Apabila dalamnya baik, terserlah hingga ke luar. Mahu cantikkan yang dalam, pastikan diet yang diambil sesuai dengan keperluan tubuh.



Credit to #DrOtak, #Neuroparenting

TASNEEM NATUREL BALM MEMBANTU IBU MENGURUSKAN ANAK - ANAK.

TASNEEM NATUREL BALM MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI MEMBANTU IBU MENGURUSKAN ANAK - ANAK.


Memiliki anak yang sedang membesar, pasti melalui pelbagai cabaran dan onak duri yang dihadapai ibu bapa. Adakala anak sihat dan ceria jadi senang untuk uruskan mereka. Kita akan mula risau bila berhadapan anak yang sukar diuruskan.


Sebagai ibu terutamanya perlu persediaan untuk menghadapi anak-anak yang akan selalu tidak sihat, tantrum, sembelit dan terlalu aktif. Beginilah ujian yang ibu bapa hadapi dalam membesar dan mendidik anak-anak. Setiap anak berbeza cara uruskan mereka, apatah lagi di kalangan ibu - ibu tidak boleh dibandingkan.


Pengalaman membesarkan tiga orang anak, yang pertama sangat memilih untuk makan. Jadi tidak hairan sekiranya selalu hadapi masalah sembelit. Berbeza dengan anak yang kedua dan ketiga, tidak pernah menolak apabila ditawarkan makanan. Anak perempuan jarang sekali demam, tetapi selsema dan berkahak selalu kena. Keadaannya akan menjadi-jadi sekiranya kami sekeluarg bercuti, travel dengan  kereta, dengan penghawa dingin sepanjang perjalanan. Anak yang ketiga,cuma kulitnya agak kering semasa dalam tempoh pantang. Sebagai ibu saya pasti risau, pelbagai ikhtiar untuk bagi yang terbaik untuk anak. 


Alhamdulillah, kami anak branak serasi denngan Balm Tasneem Naturel. Berita baik, anak - anak saya tiadak pernah alami selsema, batuk secara kerap atau berpanjangan dah. Paling seronok, kahak keluar tanpa segan silu bila kerap sapu pada anak-anak. Anak yang susah nak bunag air akan minta nak disapukan balm dengan sendirinya bila sakit perut. Adiknya siap nak masuk mulut, mentang-mentang dia boleh makan apa sahaja. Sangat seronok dan tak runsing bila nak travel jauh ke, berhari-hari dalam hotel bila ada balm Tasneem Naturel bantu saya uruskan anak-anak. Dengan rasa syukur ini, saya ingin sangat berkongsi kebaikan dan manfaat dengan ibu bapa agar kita semua dapat rasa manfaat dan kebaikannya.

Secara umumnya, ada 5 masalah utama yang biasa terjadi pada anak- anak kecil kita:   

  1. Anak yang sukar tidur, tidur tidak lena dan asyik terjaga dan nak diriba.
  2. Anak tantrum, suka  menangis, mengamuk dan merengek tanpa tahu sebab.
  3. Anak demam, selsema dan batuk berpanjangan.
  4. Anak sakit perut, perut kembung, sebu berangin, atau alami masalah sembelit.
  5. Anak mengalami ruam susu, ruam lampin, gatal-gatak, kulit kering, digigit nyamuk atau serangga sampai tinggal kesan bintat yang menyebabkan anak kurang selesa.


Sejak akhir-akhir ini, banyak produk yang berasakan bahan semulajadi termasuk essential oils (minyak pati tumbuhan) yang dikatakan boleh membantu para ibu menyelesaikan maslah dan mengurangkan kelima-lima masalah di atas jika digunakan secara konsisten. Alhamdulillah anak-anak serasi dengan Tasneem Naturel balm.


Saya sendiri pakai untuk anak-anak sejak Oktober 2016. Founder Tasneem Naurel, Puan Haridah Sahri antara kenalan lama semasa belaajar di Kuala Lumpur. Pada asalnya pengeluaran produk ini hanya diproses di rumah sahaja.


Seiring dengan masa, serta permintaan yang tinggi, kini Balm Tasneem Naturel sudah dikeluarkan oleh kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan sehingga saat artikel ini ditulis sudah lebih 200 ribu unit balm dikeluarkan oleh Tasneem Naturel. Yang bagusnya, Balm Tasneem Naturel sudah mendapat kelulusan KKM dan ianya selamat digunakan oleh seisi keluarga termasuklah bayi yang baru lahir.



Sapuan balm yang konsisten pada anak boleh membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah utama anak-anak seperti di atas. Paling best tentang balm ini, ianya dalam bentuk 'balm' dan juga minyak untuk memudahkan penggunaan para ibu. Selain mudah digunakan, disimpan ketika travel malah mudah meresap masuk dalam kulit, bahkan jimat dan boleh untuk digunakan dalam tempoh yang lama.


Kenapa berbentuk balm? Ini kerana essential oil tidak boleh disapu secara direct kepada kulit anak, ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi. Balm Tasneem Naturel diformulasikan menggunakan minyak pati tumbuhan (essentiol oils) yang sesuai untuk anak-anak kecil (dengan dos untuk kegunaan anak kecil).


Balm Tasneem Naturel juga tidak mengandungi  bahan kimia berbahaya, SLS, paraben, pengawet, pewarna atau pewangi tiruan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi.


Balm Tasneem Naturel hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti :

1. Essential oils (minyak pati tumbuhan) mengikut jenis balm.

Setiap Balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oils (minyak pati tumbuhan)  yang telah dicampurkan mengikut dos bayi dan kanak-kanak atau dengan kata lain, ianya sudah ‘dilute’ sesuai kegunaan mengikut peringkat umur.


Setiap essential oils (minyak pati tumbuhan) yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) di mana sijil ini diperlukan untuk mendapat kelulusan KKM. Balm Tasneem Naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Beeswax

Beeswax adalah bahan yang terhasil daripada proses metabolism kelenjar lilin pada abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja. Senang cerita, beeswax ini dipanggil ‘lilin lebah’ yang menjadi bahan untuk menghasilkan sarang lebah yang kukuh.


Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Ia secara semulajadinya membantu merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark.

3. Shea butter

Shea butter terkenal sebagai pelembab kulit semulajadi. Kebanyakan produk kosmetik semulajadi menggunakan shea butter dalam produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan bernama Shea atau Karite.

Shea butter boleh membantu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak juga diguna dalam produk menghilangkan parut.

4. Carrier oil

Minyak pelarut yang diekstrak daripada tumbuhan seperti Jojoba Oil, Virgin Coconut Oil, Almond Oil, Argan Oil, Coconut Oil, Blackcurrant Oil, Grapseed Oil dan lain-lain yang digunakan untuk ‘dilute’ atau proses pencairan perbagai jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) tadi, untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh anak-anak kecil.



Gabungan keempat-empat bahan semulajadi ini menjadikan balm yang dihasilkan oleh Tasneem Naturel adalah sangat berkualiti, berkesan dan selamat digunakan oleh anak-anak kecil.







6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...