Wednesday, January 2, 2019

TASNEEM NATUREL BALM MEMBANTU IBU MENGURUSKAN ANAK - ANAK.

TASNEEM NATUREL BALM MENGGUNAKAN BAHAN SEMULAJADI MEMBANTU IBU MENGURUSKAN ANAK - ANAK.


Memiliki anak yang sedang membesar, pasti melalui pelbagai cabaran dan onak duri yang dihadapai ibu bapa. Adakala anak sihat dan ceria jadi senang untuk uruskan mereka. Kita akan mula risau bila berhadapan anak yang sukar diuruskan.


Sebagai ibu terutamanya perlu persediaan untuk menghadapi anak-anak yang akan selalu tidak sihat, tantrum, sembelit dan terlalu aktif. Beginilah ujian yang ibu bapa hadapi dalam membesar dan mendidik anak-anak. Setiap anak berbeza cara uruskan mereka, apatah lagi di kalangan ibu - ibu tidak boleh dibandingkan.


Pengalaman membesarkan tiga orang anak, yang pertama sangat memilih untuk makan. Jadi tidak hairan sekiranya selalu hadapi masalah sembelit. Berbeza dengan anak yang kedua dan ketiga, tidak pernah menolak apabila ditawarkan makanan. Anak perempuan jarang sekali demam, tetapi selsema dan berkahak selalu kena. Keadaannya akan menjadi-jadi sekiranya kami sekeluarg bercuti, travel dengan  kereta, dengan penghawa dingin sepanjang perjalanan. Anak yang ketiga,cuma kulitnya agak kering semasa dalam tempoh pantang. Sebagai ibu saya pasti risau, pelbagai ikhtiar untuk bagi yang terbaik untuk anak. 


Alhamdulillah, kami anak branak serasi denngan Balm Tasneem Naturel. Berita baik, anak - anak saya tiadak pernah alami selsema, batuk secara kerap atau berpanjangan dah. Paling seronok, kahak keluar tanpa segan silu bila kerap sapu pada anak-anak. Anak yang susah nak bunag air akan minta nak disapukan balm dengan sendirinya bila sakit perut. Adiknya siap nak masuk mulut, mentang-mentang dia boleh makan apa sahaja. Sangat seronok dan tak runsing bila nak travel jauh ke, berhari-hari dalam hotel bila ada balm Tasneem Naturel bantu saya uruskan anak-anak. Dengan rasa syukur ini, saya ingin sangat berkongsi kebaikan dan manfaat dengan ibu bapa agar kita semua dapat rasa manfaat dan kebaikannya.

Secara umumnya, ada 5 masalah utama yang biasa terjadi pada anak- anak kecil kita:   

  1. Anak yang sukar tidur, tidur tidak lena dan asyik terjaga dan nak diriba.
  2. Anak tantrum, suka  menangis, mengamuk dan merengek tanpa tahu sebab.
  3. Anak demam, selsema dan batuk berpanjangan.
  4. Anak sakit perut, perut kembung, sebu berangin, atau alami masalah sembelit.
  5. Anak mengalami ruam susu, ruam lampin, gatal-gatak, kulit kering, digigit nyamuk atau serangga sampai tinggal kesan bintat yang menyebabkan anak kurang selesa.


Sejak akhir-akhir ini, banyak produk yang berasakan bahan semulajadi termasuk essential oils (minyak pati tumbuhan) yang dikatakan boleh membantu para ibu menyelesaikan maslah dan mengurangkan kelima-lima masalah di atas jika digunakan secara konsisten. Alhamdulillah anak-anak serasi dengan Tasneem Naturel balm.


Saya sendiri pakai untuk anak-anak sejak Oktober 2016. Founder Tasneem Naurel, Puan Haridah Sahri antara kenalan lama semasa belaajar di Kuala Lumpur. Pada asalnya pengeluaran produk ini hanya diproses di rumah sahaja.


Seiring dengan masa, serta permintaan yang tinggi, kini Balm Tasneem Naturel sudah dikeluarkan oleh kilang yang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice) dan sehingga saat artikel ini ditulis sudah lebih 200 ribu unit balm dikeluarkan oleh Tasneem Naturel. Yang bagusnya, Balm Tasneem Naturel sudah mendapat kelulusan KKM dan ianya selamat digunakan oleh seisi keluarga termasuklah bayi yang baru lahir.



Sapuan balm yang konsisten pada anak boleh membantu menyelesaikan dan mengurangkan masalah utama anak-anak seperti di atas. Paling best tentang balm ini, ianya dalam bentuk 'balm' dan juga minyak untuk memudahkan penggunaan para ibu. Selain mudah digunakan, disimpan ketika travel malah mudah meresap masuk dalam kulit, bahkan jimat dan boleh untuk digunakan dalam tempoh yang lama.


Kenapa berbentuk balm? Ini kerana essential oil tidak boleh disapu secara direct kepada kulit anak, ada dos yang sesuai untuk kulit anak serta bayi. Balm Tasneem Naturel diformulasikan menggunakan minyak pati tumbuhan (essentiol oils) yang sesuai untuk anak-anak kecil (dengan dos untuk kegunaan anak kecil).


Balm Tasneem Naturel juga tidak mengandungi  bahan kimia berbahaya, SLS, paraben, pengawet, pewarna atau pewangi tiruan yang boleh menyebabkan keradangan pada kulit bayi.


Balm Tasneem Naturel hanya menggunakan bahan-bahan semulajadi seperti :

1. Essential oils (minyak pati tumbuhan) mengikut jenis balm.

Setiap Balm Tasneem Naturel mempunyai 7-10 essential oils (minyak pati tumbuhan)  yang telah dicampurkan mengikut dos bayi dan kanak-kanak atau dengan kata lain, ianya sudah ‘dilute’ sesuai kegunaan mengikut peringkat umur.


Setiap essential oils (minyak pati tumbuhan) yang digunakan mempunyai Material Safety Data Sheet (MSDS) di mana sijil ini diperlukan untuk mendapat kelulusan KKM. Balm Tasneem Naturel kesemuanya telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia.

2. Beeswax

Beeswax adalah bahan yang terhasil daripada proses metabolism kelenjar lilin pada abdomen lebah. Ia hanya dapat dihasilkan oleh lebah pekerja. Senang cerita, beeswax ini dipanggil ‘lilin lebah’ yang menjadi bahan untuk menghasilkan sarang lebah yang kukuh.


Beeswax adalah bahan yang sinonim dengan rawatan keradangan kulit. Ia secara semulajadinya membantu merawat masalah kulit kering, masalah bakteria pada kulit, masalah jerawat dan juga strechmark.

3. Shea butter

Shea butter terkenal sebagai pelembab kulit semulajadi. Kebanyakan produk kosmetik semulajadi menggunakan shea butter dalam produk mereka. Shea butter dihasilkan daripada tumbuhan bernama Shea atau Karite.

Shea butter boleh membantu melembabkan kulit kering, mengelupas, sunburn, ruam dan banyak juga diguna dalam produk menghilangkan parut.

4. Carrier oil

Minyak pelarut yang diekstrak daripada tumbuhan seperti Jojoba Oil, Virgin Coconut Oil, Almond Oil, Argan Oil, Coconut Oil, Blackcurrant Oil, Grapseed Oil dan lain-lain yang digunakan untuk ‘dilute’ atau proses pencairan perbagai jenis minyak pati tumbuhan (essential oils) tadi, untuk memastikan ianya sesuai digunakan oleh anak-anak kecil.



Gabungan keempat-empat bahan semulajadi ini menjadikan balm yang dihasilkan oleh Tasneem Naturel adalah sangat berkualiti, berkesan dan selamat digunakan oleh anak-anak kecil.







No comments:

Post a Comment

6 PERKARA WAJIB AJAR SEBELUM HANTAR PRA SEKOLAH

Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini...