Bagi semua wanita, memiliki kulit wajah dan tubuh yang cantik sangat diidamkan. Tetapi bagaimana untuk mendapatkan kulit yang cantik? Ada yang sanggup mengeluarkan mengeluarkan bekanja yang banyak semata- mata untuk mendapatkan kulit cantik.
Jom kita kongsikan kaedah nak dapat kulit cantik tanpa keluarkan modal yang lumayan.
Mahu kulit ciri seperti di atas, beri jamuan yang sesuai dengan kehendak kulit. Makanan berikut adalah pantang pada kulit:
1. GULA PUTIH
Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengundang kepada pelbagai penyakit kronik. Setiap kali bercakap pasal gula dan penyakit, kita mesti fikirkan kencing manis kan? Padahal banyak lagi penyakit yang boleh kita kaitkan. Antaranya gula putih umpama baja untuk jerawat. Elakkan saka ini andai mahu kulit bebas jerawat dan jeragat.2. MINUMAN BERKAFIEN
Kafein yang berlebihan akan menyebabkan imsomnis, anemia dan menjadikan sel kulit kering. Kafein dehidrasikan kulit. Hilangkan air. Akibatnya kulit jadi kusam, berkedut dan gelebeh.3. TENUSU
Orang putih sebut dairy product. Ini juga punca munculnya bintik bintik merah pada wajah.4. PROCESSED FOOD
Wajib masukkan dalam kategori makanan haram makan. Dalam processed food ada gula tersembunyi, pewarna, perasa tiruan, pelembut makanan, pengental makanan dan macam-macam PE lagi yang sangat baik untuk burukkan kulit.5. SHELLFISH
Cuba elakkan ambil makanan laut berkulit keras dan bercengkerang seperti ketam dan udang. Bandingkan dengan zaman makan dahulu dengan selepas tidak makan. Lihat hasil.Kecantikan terbina dari dalam. Apabila dalamnya baik, terserlah hingga ke luar. Mahu cantikkan yang dalam, pastikan diet yang diambil sesuai dengan keperluan tubuh.
Credit to #DrOtak, #Neuroparenting
No comments:
Post a Comment