Hai semua bakal ibu yang sedang hamil. Mesti ramai
ibu- ibu hamil yang buka artikel ini untuk mengetahui cara yang bagaimana dapat
bantu memudahkan proses bersalin. Sebenarnya ini ilmu baru juga bagi Ibu,
sepanjang 3 kehamilan sebelum ini Ibu tidak pernah tahu tentang kewujudan
urutan ini. InshaAllah akan dipraktikkan untuk anak- anak yang seterusnya.
Pernah tak ibu- ibu dengar mengenai urutan perineum?
Haa, inilah urutan yang dimaksudkan Ibu semenjak awal tadi. Jika ada yang belum
tahu, meh Ibu cerita. Satu kajian pernah dijalankan menunjukkan urutan perineum
ini mampu mengurangkan koyakkan pada bahagian vagina kita semasa bersalin
sekaligus mengurangkan risiko ‘kena gunting’ oleh doktor.
Kebanyakkan wanita yang mengamalkan urutan ini
melaporkan mereka tidak mengalami kesakitan pada bahagian perineum atau faraj
dalam tempoh 3 bulan selepas bersalin normal.
Anda boleh memulakan urutan perineum bermula pada
minggu ke 34 dan sehingga saat ingin bersalin. Anda boleh lakukan sendiri
dirumah, 2 kali sehari dengan menggunakan minyak tertentu yang berasaskan bahan
semulajadi.
Antaranya minyak zaitun, minyak kelapa dara dan
sebagainya. Elakkan minyak bayi, jeli petroleum atau apa jua minyak yang
mengandungi bahan kimia. Nak jamin keselamatan anda, buat minyak sendiri dengan
menggunakan kelapa parut yang ala- ala minyak selusuh tu.
Anda boleh minta tolong suami yang urutkan tapi yang
penting lakukannya dalam keadaan tenang dan jangan sesekali dalam keadaan terpaksa.
Waktu yang sesuai ialah selepas mandi dan jika anda ragu- ragu, boleh dapatkan
nasihat doktor sebelum memulakan urutan ini. Urutan ini tidak dibenarkan jika
anda mempunyai jangkitan pada bahagian faraj.
9 langkah mudah urutan
perineum
1. Cuci tangan anda sehingga bersih, kuku hendaklah
sentiasa pendek.
2. Sandar pada bantal dan duduk seperti mencangkung.
Dapatkan kedudukan yang selesa dan tiada gangguan.
3. Sapukan jari dengan minyak pilihan anda
4. Masukkan 1 jari ke dalam dinding faraj atau lebih kurang
1 hingga 1.5 inci ke dalam faraj.
5. Pastikan 4 jari lagi di bahagian punggung
6. Tekan ke bawah iaitu ke arah dubur dan ke sisi
sehingga mengalami sedikit rasa regangan.
7. Tetapkan keadaan tersebut selama 2 minit.
8. Gerakkan semua jari bentuk U dan lakukannya
berulang kali. Urut selama mana yang anda mahu sekurang- kurangnya lima minit
setiap kali.
9. Selepas selesai melakukan urutan, buat kemutan pada
bahagian faraj. Ia dilakukan sama seperti anda hendak menahan kencing atau
menahan kentut. Tahan selama 10 saat dan lepaskan 10 saat. Ulang semula
sehingga 10 kali.
Urutan yang dilakukan di bahagian perineum amat
digalakkan ketika hamil. Hal ini dapat memudahkan proses bersalin dalam masa yang sama dapat elakkan bahagian faraj
kita digunting oleh doktor. Sekali lagi, selamat melahirkan anak- anak hebat,
semoga semuanya mudah dan menjadi pengalaman berharga buat ibu- ibu semua.
Jangan pula lupa dapatkan set
baby spa dan set newborn
supaya sepanjang berpantang, dapat
menguruskan anak dengan lebih baik dan ibu dapat rehat secukupnya.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment