CERMIN MATA NI KEPERLUAN ATAU GAYA JE LEBIH?
Siapa yang pakai dia yang tahu ke apa dia pakai. Kalau nak cerita panjang tapi nak kabo tak selesa pun pakai seharian. Nak-nak ada anak kecik mai dia tarik spec masa tengah dukung. Lagi la kalau bab-bab nak melawa ngan tudung lilit ke tudung sauk ke, cermin mata bagi pengaruh juga tau.
Saya sendiri dari awal kena pakai spec, memilih untuk pakai bila perlu sahaja. Masa belajar, nak memandu dan nak menonton. Tapi sampai suatu masa, dicadangkan pakai secara permanent sebab makin teruk nak-nak time memandu waktu panas dan malam. Malam sebenarnya 'out' terus. So untuk kebaikan kita pilih untuk ikut saranan doktor mata.
Tapi yang wajib pakai spec tu better kita pilih yang sesuai dengan muka dan selesa. Benda alah ni akan pengaruhi penampilan kita. Yang kurus nampak berisi. Yang muka bulat nampak slim. Yang penting bagi akak, tanya pasangan sepatah, yang hari-hari tengok kita. Setuju ke dia kita pakai spec lagu ni? Angguk pun jadi la. Lagi beruntung pasangan bagi komen, silap haribulan tolong bayar sekali. Contohnya yang kat bawah ni suami yang pilih dan tolong bayarkan. Terima kasih Kanda.
Tapi yang wajib pakai spec tu better kita pilih yang sesuai dengan muka dan selesa. Benda alah ni akan pengaruhi penampilan kita. Yang kurus nampak berisi. Yang muka bulat nampak slim. Yang penting bagi akak, tanya pasangan sepatah, yang hari-hari tengok kita. Setuju ke dia kita pakai spec lagu ni? Angguk pun jadi la. Lagi beruntung pasangan bagi komen, silap haribulan tolong bayar sekali. Contohnya yang kat bawah ni suami yang pilih dan tolong bayarkan. Terima kasih Kanda.
Gambar dengan anak yang suka tarik spec mata mak. |
PEMILILIHAN BENTUK DAN SIZE CERMIN UBAH GAYA PEMAKAI
“Akak nampak berisi sikit la pakai cermin mata ni. Sebelum ni masa akak
tak pakai nampak cengkung”.
|
Antara komen yang positif tapi tidak terkecuali yang pandang lain macam.
Adatlah pandangan mata manusia kan beza-beza. Kita terima seadanya.
Nak share tips pilih cermin mata yang
sesuai dengan bentuk muka kita. Mula-mula kena tilik dulu cermin muka ni
bentuknya camne? Tahu ke cara nak ukur?
Ambil satu daripada yang berikut:
penanda yang boleh dibasuh, gincu, sebuku sabun, atau pensel dan berdiri di
hadapan. Cuba untuk tidak membiarkan tangan anda.
Kenalpasti garisan wajah anda di permukaan cermin, bermula dari dagu dan berakhir dengan garis rambut anda. Ambil langkah kembali, dan lihat bentuk yang dihasilkan.
Muka bulatKepanjangan dan kelebaran wajah seakan sama jumlahnya. Dagu yang kecil dan tidak bersudut tajam. Garis rambut pula bulat dan tidak jelas kelihatan.Tugas anda adalah untuk memanjangkan visual wajah anda. Jadi pilih kaca mata dengan bingkai gelap. Ia akan memberikan ilusi muka lebih sempit, lebih kepada bentuk bujur. Untuk mengimbangi perkadaran wajah anda, pilih bingkai di mana lebarnya lebih besar daripada bingkai yang tinggi. Sesuai :· Cermin mata segi empat tepat, dan persegi Sesuai :· Kaca dengan bingkai berbingkai halus: segi empat tepat, bujur, bulat Sesuai :· Kacamata besar Sesuai :· Kacamata berbingkai besar Sesuai :· Kacamata bulat atau bulat Sesuai :· Gelas bulat tanpa hiasan terang
Semoga
bermanfaat buat rakan-rakan yang membaca. Terima kasih.
|
No comments:
Post a Comment