Abi dan Hanzo with 'love' |
Percaya atau tidak ayah mempunyai pengaruh yang besar dalam
membentuk perkembangan anak-anak jika dibandingkan dengan ibu. Hal ini supaya
mereka menjadi orang dewasa yang lebih baik, terutamanya anak lelaki.
Sebelum kelahiran mereka lagi ayah-ayah yang hebat kena
melibatkan diri. Ikuti 5 cara di bawah untuk capai misi ayah hebat.
1. Bercakap dengan anak ketika masih dalam Rahim ibu.
Biasakan anak dalam Rahim dengar
suara ayah dan ibu. Ayah boleh mulakan hubungan dengan mengaji dengan anak
semasa dalam kandungan. Bahkan boleh mula berinteraksi dengan anak-anak. Menjalan
ujian pemeriksaan altrasound dan merasa sendiri tendangan anak.
2. Berhubungan dengan bayi yang baru lahir.
Kita biasa dengar pentingnya
keberadaan ibu sepanjang awal usia bayi seperti dalam tempoh berpantang. Ayah
juga diperlukan sepanjang tempoh berpantang, bantu ibu uruskan anak contohnya. Ayah
mengambil tugas ibu untuk mandikan anak-anak manakala ibu sediakan pakaian dan
hidangkan makanan. Bukan sahaja sikap toleransi di kalangan suami isteri malah
dapat meningkatkan hubungan ayah dan anak jadi lebih rapat.
3. Sentiasa memberi pelukan dan
keselesaan
Ayah lebih mudah mendapatkan
perhatian anak. Jadi senang untuk menghiburkan dan memeluk anak-anak. Anak yang
lebih kerap dipeluk, secara tidak langsung dapat mengawal emosi anak anda lebih
cepat dan mereka rasa dilindungi. Tiada apa yang lebih bermakna buat anak-anak
melainkan perhatian dan sokongan emosi daripada ibu dan ayah.
4. Meluangkan masa bermain dengan
anak-anak
Ibu ada masanya saat bermain
dengan anak tapi fikirannya melayang ke dapur yang belum berasap. Misi ayah
untuk luangkan masa sebaiknya sedangkan kuantiti masa sangat sedikit. Kajian lebih
menyarankan agar aktiviti yang dijalankan perlu berkualiti dan lebih terpahat
di jiwa anak-anak.
Hanaa dan Abi |
5. Ayah tolong ajar anak-anak
Kena ingat penglibatan ayah
sangat penting untuk perkembangan anak-anak. Ayah boleh ajar anak-anak
berkaitan pelajaran kehidupan seperti pentingnya jujur, berani, dan mengambil
berat. Hatta nak ucap terima kasih pun ayah yang ajar, dan praktik bersama
anak.
“Terima kasih Abi, Terima kasih
Umi, Terima kasih Ya Allah”.
Skrip anak-anak bila dapat apa
yang mereka idamkan. Hasil daripada didikan Abi.
Apabila ibu melibatkan ayah dalam pendidikan
anak-anak, adalah lebih mudah dari apa yag kita bayangkan. Ibu kena beri peluang dan
jadi saksi ayah menjadi super hero kepada anak-anak.
Good luck buat ayah-ayah yang sudi membaca post ini.
Good luck buat ayah-ayah yang sudi membaca post ini.
No comments:
Post a Comment