Saat
dapat perkongsian ini daripada group may ayah Hanzolah dan Hanaa.Saya terikir
adakah aku tergolong dalam golong ini. Minta jauh dan membuatkan saya muhasabah
banyak perkara isu ini dan berkaitan pendidikan anak-anak. Jom ikuti sharing di
bawah.
WHATSAPP GROUP SEKOLAH, HELIKOPTER DAN MASA DEPAN PSIKOLOGI ANAK ANDA
"Cikgu, boleh tolong listkan apa kerja sekolah weekend ni.. anak saya tak ingatlah.. "
Bila
terbaca banyak rungutan dan komentar tentang guru yang terpaksa melayan karenah
ibu bapa dalam whatsapp kelas, saya terpanggil untuk berkongsi tentang istilah
helicopter parenting
1.
Istilah ini mula diperkenal oleh dr ginott (1969), merujuk kepada sikap
sesetengah ibubapa yang suka 'hovers over' anak-anak seperti helikopter risikan
yang memerhati suasana sekeliling.
2.
Ibubapa sebegini lebih cenderung untuk melakukan semua aspek bagi pihak anak.
ia mungkin bermula dengan niat yang baik untuk memastikan yang terbaik untuk
anak. namun akhirnya terlajak sehingga membuat semua benda 'bagi pihak'
anak-anak. dari kerja sekolah, cara berkawan, minat apa, aktiviti kurikulum
sampailah kepada perkara remeh temeh.
3.
Menurut kajian american psychological association (apa), kaedah parenting
sebegini akan memberi kesan negatif terhadap kemampuan kanak-kanak
mengendalikan emosi dan tingkahlaku sendiri.
4.
Akibatnya anak tidak belajar untuk mengambil tanggungjawab sendiri. kanak-kanak
ini juga didapati lebih cenderung berperilaku bermasalah di dalam kelas, sukar
mendapat kawan, mengalami masalah dalam pelajaran dan akhirnya sukar untuk
mengurus cabaran hidup apabila dewasa.
5.
Ibubapa sebegini selalunya digambarkan sebagai 'hyper-present physically but
absent emotionally'. maksudnya cuba hadir secara fizikal dalam hidup anak untuk
memastikan aspek fizikal anak-anak diurus dengan baik, tetapi sebenarnya
mengabaikan psikologi anak-anak dengan tidak membenarkan anak-anak belajar
untuk berkembanh secara fitrah yang sesuai dengan keadaan dan fasa mereka.
6.
Ibubapa perlu beri ruang untuk anak-anak belajar mengurus kehidupan sendiri
sepadan dengan usia mereka. jangan sub-conkan proses ini dengan micromanage
segala aspek kehidupan anak menggunakan guru-guru.
7.
Biarpun fasa dan zaman berubah, jangan jadikan teknologi sebagai ganti kepada
proses alami anak-anak membesar.
Step back, dan muhasabah. berpada dengan campurtangan, biar cukup rasa.
#psikologisikecil
https://www.apa.org/news/press/releases/2018/06/helicopter-parenting.aspx
Sumber
asal:
Dr Rozanizam, Pensyarah Dan Pakar Perubatan Sakit Jiwa, UIAM.
Dr Rozanizam, Pensyarah Dan Pakar Perubatan Sakit Jiwa, UIAM.