Apakah perasaan ibu-ibu saat pertama kali hantar anak ke playschool dan pra sekolah? Pastikan
anda sebagai ibu bapa ajarkan 6 perkara ini sebelum hantar anak ke tadika.
Seronok kan dapat tengok anak-anak memakai uniform
pra-sekolah kan? Tidak dinafikan ada sebahagian ibu risau kalau-kalau anak-anak
mereka tidak dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan berada dengan orang
sekeliling yang baru.
Cerita saya berbeza situasinya antara anak lelaki dan anak
perempuan. Perancangan anak lelaki yang pertama telah kami bincangkan awal-awal
lagi akan ditempatkan tadika pilihan kami di usia empat tahun dengan alasan
agar anak saya dapat belajar untuk bergaul dan berkomunikasi dengan rakan
sebaya. Kami sebagai ibu bapa juga berharap agar anak saya akan belajar untuk
berkongsi barang dengan rakan, mula bertolak ansur di kalangan rakan dan guru.
Manakala anak kedua di usia dua tahun sudah pandai bertutur
dan menyuarakan untuk ke sekolah seperti abangnya. Sejak itu saya sibuk mencari
playschool yang sesuai dengan umurnya.
Rata-rata playschool meletakkan 24 bulan minima umur untuk ditempatkan di playschool. Alhamdulillah rezeki anak
saya setelah berbincang dengan pengusaha yang kebetulan kenal dengan suami.
Beliau mengizinkan anak saya untuk masuk kelas percubaan selama seminggu untuk
melihat kesesuaian sebab umurnya setahun lebih muda dibandingkan dengan
rakan-rakan sekelasnya. My girl akhirnya jadi adik kesayangan kakak dan abang
kat playschool setelah tamat tempoh percubaan.
Kami sebagai ibu bapa sebenarnya memilih untuk anak-anak
berada di playschool dan di pra sekolah bukan semata-mata untuk mengejar
anak-anak cepat membaca, bijak mengira dan lulus dalam ujian dengan cemerlang.
Anak-anak di usia ini sepatutnya diberikan peluang terdedah dengan aktiviti
yang boleh meransang minat belajar seperti kenal huruf dan nombor, mula
membaca, bermain, kesenian dan bersukan. Selain itu mereka dapat bergaul dengan
rakan dan guru secara tidak langsung mereka sedang menguasai kemahiran
berkomunikasi dan seterusnya memupuk sikap terpuji di kalangan kanak-kanak.
Sekiranya kita ingin memupuk disiplin di kalangan anak-anak,
hendaklah bermula ketika mereka masih kecil. Seperti kata pepatah, ‘Melentur
buluh, biarlah dari rebungnya’.
6 perkara WAJIB
ajarkan anak sebelum tempatkan mereka di playschool dan prasekolah.
- Biarkan anak-anak bermai supaya dapat melatih kecerdasan otak
- 2 Melatih anak berdikari dengan membiarkan anak melakukan sesuatu sendiri
- Bagi peluang anak-anak untuk belajar selesaikan masalah. Jangan terus membantu bila si manja hadapi masalah, cuba perbetulkan mereka dulu.
- Tegas dalam mendisiplinkan anak-anak. Di usia ini anak-anak perlu belajar untuk menghormati orang di sekeliling.
- Tidak terlalu memaksa anak untuk pandai membaca dan menulis tetapi sentiasa memberikan galakan kepada anak-anak untuk belajar.
- Sepanjang mengajar anak sentiasa menggunakan bahasa komunikasi yang mudah dan sesuai dengan usia anak-anak kita.
Semoga bermanfaat. Silakan share sekiranya dapat membantu
ibu bapa yang memerlukan.